Malaysia legislation

Section 24

of AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 24

(2)

Pengarah Pilihan Raya Negeri hendaklah memelihara semua penyata dan pernyataan itu bersama dengan bil dan baucar yang berhubungan dengannya dan hendaklah pada setiap masa yang munasabah dalam masa enam bulan yang berikut selepas notis yang disebut dalam seksyen ini disiarkan dalam Warta membenarkan mana-mana orang untuk memeriksanya dan untuk membuat cabutan daripadanya dengan bayaran sebanyak sepuluh ringgit dan hendaklah, dengan bayaran sebanyak dua ringgit bagi setiap folio yang mengandungi seratus perkataan, memberikan salinan atau salinan-salinan mana-mana bahagian penyata dan pernyataan itu; dan selepas tamat tempoh enam bulan tersebut dokumen tersebut boleh dimusnahkan atau dipulangkan kepada calon itu jika permohonan supaya dokumen itu dipulangkan dibuat oleh calon itu sebelum dokumen itu dimusnahkan.

Batasan diayah politik pada hari penamaan 24a.  (1)  Tiada seorang pun boleh, pada hari atau hari-hari penamaan—

(a)

memberikan atau membekalkan apa-apa alat muzik atau pembesar suara kepada mana-mana orang dengan tujuan supaya alat muzik atau pembesar suara itu digunakan oleh mana-mana orang dengan apa-apa cara atau digunakan di dalam atau di atas apa-apa vesel, binatang, motokar, trak atau kenderaan lain; atau

(b)

menggunakan sendiri atau menggunakan di dalam atau di atas apa-apa vesel, binatang, motokar, trak atau kenderaan lain mana-mana alat muzik atau pembesar suara itu, sebagai, atau bagi maksud, diayah politik.

(2)

Tiada seorang pun boleh, pada hari atau hari-hari penamaan, menunggu atau berdiri-diri dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat penamaan.

Kesalahan Pilihan Raya 37

(3)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Kempen pilihan raya dan batasan mengenainya 24b.  (1)  Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh mengadakan kempen pilihan raya semasa tempoh berkempen.

(2)

Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen, membuka atau menubuhkan atau menyenggarakan pejabat di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding bagi maksud kempennya dalam sesuatu pilihan raya.

(3)

Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen—

(a)

mengadakan, memanggil atau mengaturkan apa-apa perjumpaan awam terbuka, perhimpunan awam terbuka, pertunjukan awam terbuka atau hiburan awam terbuka;

atau

(b)

memberikan apa-apa ucapan awam terbuka atau syarahan awam terbuka, di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh pegawai polis yang menjaga daerah di mana perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan itu hendak diadakan atau ucapan atau syarahan itu hendak diberikan.

(4)

Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya bo1eh, semasa tempoh berkempen, mempamerkan, memberikan atau mengedarkan bahan kempen pilihan raya kepada orang ramai di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia—

(a)

memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh Pengarah Pilihan Raya

Negeri, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri itu; dan

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 5

(b)

telah membayar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri itu deposit sebanyak lima ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Rakyat dan tiga ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Undangan Negeri.

(5)

Apabila diterima deposit di bawah subseksyen (4), Pengarah

Pilihan Raya Negeri hendaklah memperlakukan wang yang dibayar sedemikian mengikut peraturan kewangan Kerajaan yang semasa.

(6)

Tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan, bahan kempen pilihan raya termasuklah apa-apa iklan, risalah, brosur, bendera, panji-panji, sepanduk, tetunggul, poster, pelekat, surat sebaran, label atau apa-apa bentuk papan iklan sementara.

(7)

Tiada seorang pun boleh, semasa tempoh berkempen, mempamerkan atau melekatkan apa-apa bahan kempen pilihan raya dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi.

(8)

Apa-apa bahan kempen pilihan raya yang dipamerkan atau dilekatkan hendaklah dibersihkan oleh seseorang calon atau ejen pilihan rayanya dalam masa empat belas hari selepas hari mengundi dan jika calon itu atau ejen pilihan rayanya tidak mematuhi subseksyen ini—

(a)

deposit yang dibayar menurut subseksyen (4) hendaklah dilucuthakkan dan dibayar kepada Kumpulan Wang

Disatukan Persekutuan; dan

(b)

Pengarah Pilihan Raya Negeri hendaklah menyebabkan dibersihkan segala bahan itu dalam masa yang munasabah dan kos pembersihan bahan itu hendaklah dibayar daripada jumlah wang yang dilucuthakkan di bawah perenggan (a).

(9)

Jika kos pembersihan bahan yang disebut dalam perenggan (8)(b)

melebihi deposit yang dilucuthakkan di bawah perenggan (8)(a), perbezaannya hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar oleh calon itu kepada Kerajaan Persekutuan dan boleh didapatkan daripada calon itu dengan sewajarnya.

(10)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3), (4)

atau (7) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Kesalahan Pilihan Raya 39

(11)

Sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah.

Majikan hendaklah membenarkan tempoh yang munasabah bagi pekerja mengundi

Section 24 — ELECTION OFFENCES ACT 1954 | mylaw.my