Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(a)
mengadakan, memanggil atau mengaturkan di mana-mana tempat apa-apa bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan atau memberikan apa-apa bentuk ucapan atau syarahan sama ada atau tidak perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan, hiburan, ucapan atau syarahan itu terbuka kepada atau melibatkan orang ramai atau selainnya;
(b)
memberikan atau membekalkan apa-apa alat muzik atau pembesar suara kepada mana-mana orang dengan tujuan supaya alat muzik atau pembesar suara itu digunakan oleh mana-mana orang dengan apa-apa cara atau digunakan di dalam atau di atas apa-apa vesel, binatang, motokar, trak atau kenderaan lain sebagai, atau bagi maksud, diayah politik atau menggunakannya sendiri atau menggunakan di dalam atau di atas apa-apa vesel, binatang, motokar, trak atau kenderaan lain mana-mana alat muzik atau pembesar suara itu;
(c)
membuka atau menubuhkan atau menyenggarakan suatu pejabat atau barung di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding bagi apa-apa maksud yang berkaitan dengan sesuatu pilihan raya selain pejabat yang dibuka atau ditubuhkan atau disenggarakan menurut subseksyen 24b(2) atau bilik jawatankuasa yang disewa menurut perenggan 14(1)(b);
(d)
menggunakan mana-mana rumah kediaman, rumah kedai, pondok, dewan atau mana-mana premis lain sebagai pejabat atau pusat mana-mana parti politik di dalam bahagian pilihan raya itu;
(e)
dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi—
(i)
cuba menentukan identiti mana-mana orang yang memasuki sesuatu tempat mengundi;
Kesalahan Pilihan Raya 41
(ii)
menyemak dalam mana-mana senarai nama mana-mana orang yang memasuki atau meninggalkan sesuatu tempat mengundi;
(iii)
merayu-rayu atau memujuk atau cuba memujuk mana-mana orang supaya tidak mengundi dalam pilihan raya itu, atau supaya mengundi atau tidak mengundi mana-mana calon dalam pilihan raya itu;
(iv)
menunggu atau berdiri-diri kecuali bagi maksud membolehkannya masuk ke tempat mengundi untuk membuang undinya tetapi tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh menghalang pegawai yang hak atau mana-mana orang yang dibenarkan oleh pegawai yang hak itu daripada menjalankan tugasnya berhubung dengan penjalanan sesuatu pilihan raya;
(f)
bagi pihak mana-mana calon, merayu undi pemilih di dalam mana-mana bahagian pilihan raya bagi menyokong atau menentang mana-mana calon atau parti politik dalam sesuatu pilihan raya dengan apa-apa cara jua termasuk melawat pemilih di rumah atau di tempat kerja mereka atau menemu ramah orang ramai; atau
(g)
dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.
(3)
Sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 5
Barung hendaklah diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya 26a. (1) Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah, pada hari mengundi, mengadakan apa-apa bilangan barung yang terletak di mana-mana tempat yang difikirkannya perlu bagi maksud membantu pemilih menentukan nombor pilihan raya mereka dalam daftar pemilih.
(2)
Ejen pilihan raya seseorang calon hendaklah melantik tidak lebih daripada empat orang untuk bertindak sebagai pemerhati barung bagi pihak calon itu, dan hendaklah, sebelum permulaan pengundian, memberitahu ketua tempat mengundi di setiap tempat mengundi secara bertulis nama dan alamat pemerhati barung yang dilantik untuk hadir di barung berkenaan dengan tempat mengundi itu.
(3)
Tiap-tiap pemerhati barung seseorang calon yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah hadir di barung itu sekurang-kurangnya selama dua jam dan penggantinya hanya boleh masuk ke barung itu apabila tamat tempoh dua jam itu.