Malaysia legislation

Section 27

of AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 27

Hukuman bagi sabitan kerana perbuatan yang menyalahi undang-undang

(2)

Pendakwaan bagi sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang tidak boleh dimulakan tanpa sanksi Pendakwa Raya.

Kesalahan Pilihan Raya 43

Bahagian IVa

PASUKAN PENGUAT KUASA

Tafsiran berhubung dengan Bahagian ini 27a.  Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“calon” termasuklah ejen pilihan raya seseorang calon dan mana-mana orang yang dilantik oleh calon atau ejen pilihan rayanya;

“kawasan kawalan”, berhubung dengan pasukan penguat kuasa, ertinya kawasan yang disebut dalam seksyen 27d;

“wakil parti politik” ertinya wakil sesuatu parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya itu, yang dilantik oleh calon atau ejen pilihan rayanya untuk menganggotai pasukan penguat kuasa di bawah perenggan 27c(1)(d) dan termasuklah penggantinya yang dilantik di bawah subseksyen 27f(4).

Penubuhan pasukan penguat kuasa 27b.  Suruhanjaya Pilihan Raya boleh, jika difikirkan perlu oleh

Suruhanjaya itu, menubuhkan suatu pasukan penguat kuasa atau apa-apa bilangan pasukan penguat kuasa bagi maksud memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen sehingga tamat hari mengundi.

Keanggotaan pasukan penguat kuasa 27c.  (1)  Pasukan penguat kuasa hendaklah terdiri daripada—

(a)

pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah perenggan 3(d) Akta Pilihan Raya 1958;

(b)

seorang wakil, yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor, Pegawai Pemerintah bagi daerah polis dalam kawasan kawalan, atau jika kawasan kawalan meliputi lebih daripada satu daerah polis, Pegawai

Pemerintah bagi setiap daerah polis itu;

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 5

(c)

seorang wakil pihak berkuasa tempatan dalam kawasan kawalan, atau jika kawasan kawalan meliputi lebih daripada satu kawasan pihak berkuasa tempatan, setiap pihak berkuasa tempatan itu; dan

(d)

seorang wakil parti politik yang dilantik secara bertulis oleh calon atau ejen pilihan rayanya.

(2)

Pegawai penguat kuasa yang disebut dalam perenggan (1)(a)

hendaklah menjadi ketua pasukan penguat kuasa.

Kawasan kawalan pasukan penguat kuasa 27d.  Sesuatu pasukan penguat kuasa hendaklah melaksanakan fungsinya dalam bahagian pilihan raya Parlimen yang baginya pasukan itu ditubuhkan, termasuklah bahagian pilihan raya Negeri dalam bahagian pilihan raya Parlimen itu.

Fungsi pasukan penguat kuasa 27e.  Fungsi pasukan penguat kuasa ialah—

(a)

membuat rondaan, dan memantau aktiviti calon, dalam kawasan kawalannya untuk memastikan bahawa undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pilihan raya dipatuhi;

(b)

menurunkan atau menyebabkan supaya diturunkan dengan serta-merta apa-apa bahan kempen dalam kawasan kawalannya yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pilihan raya;

(c)

memberhentikan atau menyebabkan supaya diberhentikan apa-apa ucapan atau syarahan awam terbuka yang diadakan dalam kawasan kawalannya yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pilihan raya, dan, jika perlu untuk menahan mana-mana orang yang terlibat dengan ucapan atau syarahan awam terbuka itu, meminta pegawai polis menahan orang itu; dan

(d)

mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan mana-mana aktiviti berkempen yang dinyatakan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pilihan raya dalam kawasan kawalannya.

Kesalahan Pilihan Raya 45

Pelantikan wakil parti politik 27f.  (1)  Bagi maksud perenggan 27c(1)(d), seseorang calon atau ejen pilihan rayanya hendaklah memberitahukan secara bertulis nama wakil parti politik yang dilantik olehnya atau ejen pilihan rayanya kepada pegawai pengurus pada hari penamaan.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (4), orang yang dilantik sebagai wakil parti politik hendaklah kekal sebagai wakil sedemikian sepanjang tempoh berkempen sehingga tamat hari mengundi.

(3)

Pegawai pengurus hendaklah memberikan notis bertulis kepada tiap-tiap wakil parti politik yang dilantik untuk memberitahunya supaya hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk menjalankan tugasnya sebagai anggota pasukan penguat kuasa itu.

(4)

Jika orang yang dilantik sebagai wakil parti politik itu mati, sakit atau oleh apa-apa sebab lain tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya sebagai anggota pasukan penguat kuasa, calon itu atau ejen pilihan rayanya boleh melantik seorang lain untuk menggantikan orang yang mula-mula disebut itu sebagai wakil parti politik dan hendaklah dengan segera memberitahukan nama pengganti itu kepada pegawai pengurus.

(5)

Jika seseorang wakil parti politik tidak hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis yang diberikan oleh pegawai pengurus di bawah subseksyen (3), pasukan penguat kuasa hendaklah terus melaksanakan fungsinya tanpa kehadiran wakil itu dan apa-apa keputusan yang dibuat oleh anggota pasukan penguat kuasa yang hadir hendaklah disifatkan telah dipersetujui oleh anggota yang tidak hadir itu.

Keputusan pasukan penguat kuasa 27g.  (1)  Tiap-tiap keputusan atau tindakan yang hendak dibuat oleh pasukan penguat kuasa dalam melaksanakan fungsinya hendaklah dibuat secara persetujuan bersama di kalangan semua anggota pasukan penguat kuasa yang hadir.

(2)

Jika suatu persetujuan bersama tidak boleh didapatkan di kalangan semua anggota pasukan penguat kuasa yang hadir, ketua pasukan penguat kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa keputusan atau untuk mengarahkan supaya apa-apa tindakan diambil oleh pasukan penguat kuasa itu.

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 5

(3)

Sebelum membuat apa-apa keputusan atau mengeluarkan apa-apa arahan di bawah subseksyen (2), ketua pasukan penguat kuasa hendaklah terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada

Pengarah Pilihan Raya Negeri, atau jika Pengarah Pilihan Raya

Negeri tiada, daripada pegawai pengurus.

(4)

Keputusan atau arahan ketua pasukan penguat kuasa muktamad dan mengikat semua anggota pasukan penguat kuasa.

(5)

Tiada keputusan atau tindakan yang dibuat oleh pasukan penguat kuasa boleh dipersoalkan atas alasan bahawa terdapatnya ketidakhadiran mana-mana anggota pasukan penguat kuasa.

Aduan kepada pegawai pengurus 27h.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana orang atau parti politik boleh membuat apa-apa aduan mengenai aktiviti seseorang calon semasa tempoh berkempen kepada pegawai pengurus.

(2)

Pegawai pengurus itu hendaklah mengarahkan pasukan penguat kuasa supaya membuat rondaan dalam kawasan yang berkenaan dengannya aduan itu dibuat bagi maksud memastikan bahawa undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pilihan raya dipatuhi.