Malaysia legislation

Section 28

of AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 28

Jika, selepas perbicaraan sesuatu petisyen pilihan raya berkenaan dengan sesuatu pilihan raya, Hakim Pilihan Raya melaporkan bahawa seseorang calon pilihan raya itu telah bersalah melalui ejennya atas kesalahan menjamu atau pengaruh tidak wajar atau atas apa-apa perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang yang lain berhubung dengan pilihan raya itu, dan

Hakim Pilihan Raya itu selanjutnya melaporkan, selepas memberi

Kesalahan Pilihan Raya 47

Peguam Negara, atau dalam hal sesuatu pilihan raya bagi Dewan

Undangan di Sabah dan Sarawak, Peguam Besar Negeri, peluang untuk didengar, bahawa calon itu telah membuktikan kepada

(a)

bahawa tiada perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang telah dilakukan dalam pilihan raya itu oleh calon itu atau oleh ejen pilihan rayanya dan kesalahan yang disebut dalam laporan tersebut telah dilakukan berlawanan dengan perintah dan tanpa persetujuan atau pembiaran calon itu atau ejen pilihan rayanya;

(b)

bahawa calon itu dan ejen pilihan rayanya telah mengambil segala langkah yang munasabah bagi mencegah berlakunya perbuatan rasuah dan perbuatan yang menyalahi undang-undang dalam pilihan raya itu;

(c)

bahawa kesalahan yang disebut dalam laporan tersebut daripada jenis yang remeh, tidak penting dan terhad;

dan

(d)

bahawa dalam segala perkara lain pilihan raya itu bebas daripada apa-apa perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang pada pihak calon itu dan ejennya, pemilihan calon itu tidak terbatal oleh sebab kesalahan yang disebut dalam laporan itu dan juga calon itu tidak tertakluk kepada apa-apa ketidakupayaan di bawah Akta ini.

Kuasa bagi mengecualikan perbuatan tidak salah daripada menjadi perbuatan yang menyalahi undang-undang, dsb.