Malaysia legislation

Section 29

of AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 29

Mahkamah—

Hakim Pilihan Raya atau kepada seorang Hakim Mahkamah Tinggi dengan apa-apa keterangan yang difikirkan memadai oleh Hakim itu—

(a)

bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan seseorang calon dalam mana-mana pilihan raya, atau ejen pilihan rayanya atau mana-mana ejen atau orang lain, akan, oleh sebab pembayaran sejumlah wang atau pelakuan belanja yang

Undang-Undang Malaysia 48

Akta 5

melebihi amaun maksimum yang dibenarkan oleh Akta ini, atau oleh sebab pembayaran, pengambilan bertugas, pengambilan kerja, atau kontrak yang berlanggaran dengan

Akta ini, atau oleh sebab selainnya yang berlanggaran dengan mana-mana peruntukan Akta ini, menjadi, jika tidak kerana seksyen ini, suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang; dan

(b)

bahawa mana-mana perbuatan atau peninggalan itu telah terbit daripada ketidaksengajaan atau daripada salah kiraan yang tidak sengaja atau daripada sesuatu sebab lain yang munasabah yang seumpamanya, dan, dalam apa-apa hal, tidak terbit daripada apa-apa ketiadaan suci hati, dan dalam hal keadaan yang pada pendapat Hakim itu, selepas memberi calon-calon, pegawai pengurus, dan mana-mana pemilih di dalam bahagian pilihan raya atau kawasan pilihan raya itu peluang untuk didengar, adalah adil calon yang berkenaan dan pilihan raya tersebut dan ejen dan orang lain, atau mana-mana daripada mereka, tidak dijadikan tertakluk kepada mana-mana akibat di bawah Akta ini bagi perbuatan atau peninggalan tersebut,

Hakim itu boleh membuat suatu perintah yang membenarkan perbuatan atau peninggalan itu sebagai suatu kecualian daripada peruntukan Akta ini yang akan, jika tidak, menjadikannya suatu perbuatan, pembayaran, pengambilan kerja atau penyewaan yang menyalahi undang-undang, dan dengan itu calon, ejen atau orang itu tidak tertakluk kepada mana-mana akibat di bawah Akta ini bagi perbuatan atau peninggalan tersebut.

Maaf yang dibenarkan kerana tidak mematuhi peruntukan tentang penyata dan akuan berkenaan dengan belanja pilihan raya

Section 29 — ELECTION OFFENCES ACT 1954 | mylaw.my