Malaysia legislation

Section 30

of AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 30

(a)

jika calon itu memohon kepada seorang Hakim Pilihan

Raya atau seorang Hakim Mahkamah Tinggi dan menunjukkan bahawa kegagalan untuk menghantar

Kesalahan Pilihan Raya 49

penyata dan akuan itu, atau mana-mana daripadanya, atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kesilapan atau pernyataan palsu di dalamnya, telah terbit oleh sebab dia sakit, atau oleh sebab ejen pilihan rayanya atau mana-mana kerani atau pegawai ejen itu tiada, mati, sakit, cuai atau membuat salah laku, atau oleh sebab ketidaksengajaan atau apa-apa sebab munasabah yang seumpamanya, dan tidak oleh sebab ketiadaan suci hati pada pihak pemohon itu; atau

(b)

jika ejen pilihan raya calon itu memohon kepada seorang Hakim Pilihan Raya atau seorang Hakim

Mahkamah Tinggi dan menunjukkan bahawa kegagalan untuk menghantar penyata dan pernyataan yang dikehendaki supaya dihantar olehnya itu, atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kesilapan atau pernyataan palsu di dalamnya, telah terbit oleh sebab dia sakit atau oleh sebab seseorang ejen pilihan raya yang dahulu bagi calon itu mati, sakit, cuai atau membuat salah laku, atau oleh sebab mana-mana kerani atau pegawai ejen pilihan raya bagi calon itu tiada, mati, sakit atau membuat salah laku, atau oleh sebab ketidaksengajaan atau apa-apa sebab munasabah yang seumpamanya, dan tidak oleh sebab ketiadaan suci hati pada pihak pemohon itu,

Hakim itu boleh, selepas notis mengenai permohonan itu, dan selepas dikemukakan apa-apa keterangan mengenai alasan yang dinyatakan dalam permohonan itu dan mengenai ketulusan permohonan itu, dan selainnya, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Hakim itu, dan selepas memberi calon lain, Pengarah

Pilihan Raya Negeri dan mana-mana pemilih di dalam bahagian pilihan raya atau kawasan pilihan raya itu peluang untuk didengar, membuat apa-apa perintah bagi memberi maaf yang dibenarkan kerana kegagalan menghantar penyata dan pernyataan itu, atau sebab sesuatu kesilapan atau pernyataan palsu dalam penyata dan pernyataan itu, sebagaimana yang difikirkan adil oleh Hakim itu.

(2)

Jika pada hemat Hakim itu mana-mana orang, yang merupakan seorang ejen pilihan raya atau seorang yang telah menjadi ejen pilihan raya, telah enggan atau tidak membuat apa-apa penyata atau memberikan apa-apa butir yang membolehkan calon itu dan ejen pilihan rayanya masing-masing mematuhi peruntukan Akta ini tentang penyata dan pernyataan berkenaan dengan belanja pilihan raya, Hakim itu sebelum membuat suatu

Undang-Undang Malaysia 50

Akta 5

perintah yang memberi maaf sebagaimana yang disebut dalam seksyen ini hendaklah memerintahkan supaya orang itu hadir di hadapan Hakim itu, dan hendaklah, melainkan jika dia hadir dan menunjukkan sebab sebaliknya, memerintahkannya supaya membuat penyata dan pernyataan itu, atau supaya menyerahkan suatu pernyataan mengenai butir-butir yang dikehendaki supaya dinyatakan dalam penyata itu, sebagaimana yang difikirkan adil oleh Hakim itu, dan supaya membuat atau menyerahkannya dalam masa atau kepada mana-mana orang dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Hakim itu, atau Hakim itu boleh memerintahkan supaya dia diperiksa berkenaan dengan butir-butir itu, dan sekiranya mana-mana perintah itu tidak dipatuhi, orang itu bersalah atas suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

(3)

Perintah itu boleh menjadikan pemberian maaf itu tertakluk kepada pembuatan penyata dan pernyataan dalam bentuk yang diubahsuaikan atau dalam masa yang dilanjutkan, dan atas pematuhan apa-apa syarat lain yang pada pendapat Hakim itu dikira paling baik untuk melaksanakan tujuan Akta ini, dan suatu perintah yang memberi maaf yang dibenarkan hendaklah melepaskan pemohon bagi perintah itu daripada apa-apa liabiliti atau akibat di bawah

Akta ini berkenaan dengan perkara yang dimaafkan oleh perintah itu; dan jika calon itu membuktikan kepada Hakim itu bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan ejen pilihan raya itu berhubung dengan penyata dan pernyataan berkenaan dengan belanja pilihan raya telah berlaku tanpa persetujuan atau pembiaran calon itu, dan bahawa calon itu telah mengambil segala langkah yang munasabah bagi mencegah perbuatan atau peninggalan itu, Hakim itu hendaklah melepaskan calon itu daripada akibat perbuatan atau peninggalan pada pihak ejen pilihan rayanya.

(4)

Tarikh perintah itu, atau, jika syarat dan terma dikehendaki supaya dipatuhi, tarikh pemohon itu mematuhi syarat dan terma itu dengan sepenuhnya, disebut dalam Akta ini sebagai tarikh pemberian maaf itu.

Tempoh pembuatan permohonan untuk mendapatkan maaf 30a.

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan maaf yang dibenarkan di bawah seksyen 30 hendaklah dibuat sebelum tamat tempoh tiga puluh satu hari yang dinyatakan dalam seksyen 23

dan suatu salinan permohonan itu hendaklah disampaikan kepada

Pengarah Pilihan Raya Negeri.

Kesalahan Pilihan Raya 51