Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Pemilihan seseorang calon dalam mana-mana pilihan raya hendaklah diisytiharkan sebagai batal atas suatu petisyen pilihan raya atas mana-mana daripada alasan yang berikut sahaja yang boleh dibuktikan dengan memuaskan hati Hakim Pilihan Raya:
(a)
bahawa penyogokan, penjamuan atau intimidasi secara am telah berlaku sebegitu berleluasa sehingga ia boleh dijangkakan dengan semunasabahnya telah menyentuh keputusan pilihan raya itu;
(b)
ketidakpatuhan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan penjalanan mana-mana pilihan raya jika didapati bahawa pilihan raya itu telah tidak dijalankan mengikut prinsip yang ditetapkan dalam mana-mana undang-undang bertulis dan bahawa ketidakpatuhan itu telah menyentuh keputusan pilihan raya itu;
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 5
(c)
bahawa sesuatu perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang telah dilakukan berkaitan dengan pilihan raya itu oleh calon itu atau dengan pengetahuan atau persetujuannya, atau oleh mana-mana ejen calon itu;
(d)
bahawa calon itu sendiri telah mengambil bertugas seseorang sebagai ejen pilihan rayanya, atau sebagai seorang perayu undi atau ejen, dengan mengetahui bahawa orang itu telah dalam tempoh tujuh tahun sebelum dia diambil bertugas itu telah disabitkan atau didapati bersalah atas suatu perbuatan rasuah oleh Mahkamah Sesyen, atau melalui laporan seorang Hakim Pilihan Raya; atau
(e)
bahawa calon itu, pada masa pemilihannya, ialah seorang yang telah hilang kelayakannya untuk dipilih.