Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
(2)
Saksi hendaklah disepina dan mengangkat sumpah mengikut cara yang hampir-hampir serupa, sebagaimana hal keadaan membenarkan, seperti dalam perbicaraan oleh Mahkamah Tinggi pada menjalankan bidang kuasa sivil asalnya dan hendaklah tertakluk kepada penalti yang sama bagi pemberian keterangan palsu.
(3)
Dalam perbicaraan sesuatu petisyen pilihan raya di bawah
Akta ini, Hakim Pilihan Raya boleh, dengan perintah yang ditandatanganinya sendiri, memaksa kehadiran mana-mana orang sebagai saksi yang pada hematnya ada kena-mengena dalam pilihan raya yang dimaksudkan oleh petisyen itu, dan mana-mana orang
Kesalahan Pilihan Raya 53
yang enggan mematuhi perintah itu bersalah kerana menghina mahkamah. Hakim Pilihan Raya itu boleh memeriksa mana-mana saksi yang dipaksa sedemikian supaya hadir atau mana-mana orang dalam Mahkamah, walaupun saksi itu tidak dipanggil dan diperiksa oleh mana-mana pihak kepada petisyen itu. Selepas pemeriksaan seseorang saksi sebagaimana yang disebut terdahulu oleh Hakim Pilihan Raya, saksi itu boleh diperiksa balas oleh atau bagi pihak pempetisyen dan responden, atau salah seorang daripada mereka.
(4)
Melainkan jika selainnya diperintahkan oleh Hakim Besar, segala perkara interlokutori berkaitan dengan sesuatu petisyen pilihan raya boleh diuruskan dan diputuskan oleh mana-mana
Hakim Mahkamah Tinggi dan keputusannya muktamad.
Siapakah yang boleh mengemukakan petisyen