Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(a)
memutuskan sama ada calon yang pengaduan telah dibuat terhadap lapor pilihan atau pemilihannya itu telah dilapor pilih atau dipilih dengan sewajarnya atau sama ada pemilihan itu terbatal; dan
(b)
mengumumkan keputusan itu di mahkamah terbuka.
(2)
Hakim Pilihan Raya itu hendaklah dalam masa empat belas hari selepas membuat keputusannya di bawah subseksyen (1)
membuat perakuan mengenai keputusannya itu—
(a)
kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam hal pemilihan seseorang sebagai ahli Dewan Rakyat, Dewan Undangan, pihak berkuasa tempatan di bawah bidang kuasa Kerajaan
Persekutuan atau dalam hal apa-apa pemilihan lain yang
Suruhanjaya Pilihan Raya mungkin diberi kuasa untuk menjalankannya; atau
(b)
dalam hal apa-apa pemilihan lain, kepada Pihak Berkuasa
Negeri.
Rayuan 36a. (1) Pempetisyen atau seseorang calon yang pengaduan telah dibuat terhadap lapor pilihan atau pemilihannya boleh merayu terhadap keputusan Hakim Pilihan Raya kepada Mahkamah
Persekutuan.
Kesalahan Pilihan Raya 55
(2)
Tiap-tiap rayuan di bawah seksyen ini hendaklah dikemukakan dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan Hakim Pilihan
Raya di bawah seksyen 36 dan rayuan itu hendaklah dikemukakan mengikut kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai bagi rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
(3)
Pendaftar Mahkamah Persekutuan hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan membuat perakuan mengenai keputusan itu—
(a)
kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam hal pemilihan seseorang sebagai ahli Dewan Rakyat, Dewan Undangan, pihak berkuasa tempatan di bawah bidang kuasa Kerajaan
Persekutuan atau dalam hal apa-apa pemilihan lain yang
Suruhanjaya Pilihan Raya mungkin diberi kuasa untuk menjalankannya; atau
(b)
dalam hal apa-apa pemilihan lain, kepada Pihak Berkuasa
Negeri.
Masa untuk menyelesaikan pendengaran rayuan 36b. Walau apa pun mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, sesuatu rayuan terhadap keputusan seorang Hakim
Pilihan Raya hendaklah didengar dan diputuskan oleh Mahkamah
Persekutuan dalam masa enam bulan dari tarikh rayuan itu dikemukakan.
Kesan keputusan Hakim Pilihan Raya atau Mahkamah
Persekutuan 36c. Pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 36a(2), jika tiada rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, atau apabila perakuan diberikan di bawah subseksyen 36a(3), jika terdapat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, keputusan Hakim Pilihan
Raya atau keputusan Mahkamah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, muktamad, dan lapor pilihan atau pemilihan itu hendaklah disahkan atau pilihan raya itu hendaklah terbatal dan dalam hal sedemikian dalam masa tiga puluh hari dari berakhirnya tempoh itu atau dari tarikh perakuan itu diberikan, Suruhanjaya
Pilihan Raya atau Pihak Berkuasa Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberikan notis pilihan raya di dalam bahagian pilihan raya atau kawasan pilihan raya yang berkenaan mengikut perakuan yang diberikan di bawah subseksyen 36a(2)
atau (3).
Undang-Undang Malaysia 56
Akta 5
Laporan Hakim atau Pendaftar tentang perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang