Malaysia legislation

Section 37

of AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 37

Hakim Pilihan Raya hendaklah—

(a)

kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, mengenai pemilihan seseorang sebagai ahli Dewan Rakyat, Dewan Undangan, majlis perbandaran ibu kota persekutuan atau mengenai apa-apa pemilihan lain yang Suruhanjaya Pilihan Raya mungkin diberi kuasa menjalankannya; atau

(b)

dalam hal apa-apa pemilihan lain, kepada Pihak Berkuasa

Negeri—

(i)

sama ada apa-apa perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang telah dibuktikan atau telah tidak dibuktikan sebagai telah dilakukan oleh atau dengan pengetahuan dan persetujuan seseorang calon dalam pilihan raya itu, atau oleh ejennya, dan juga jenis perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang itu, jika ada; dan

(ii)

nama dan perihalan semua orang, jika ada, yang telah dibuktikan dalam perbicaraan itu sebagai telah bersalah atas apa-apa perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang.

(2)

Sebelum mana-mana orang, yang bukan suatu pihak dalam sesuatu petisyen pilihan raya dan juga bukan seorang calon yang bagi pihaknya kerusi itu dituntut melalui suatu petisyen pilihan raya, dilaporkan oleh seorang Hakim Pilihan Raya atau Pendaftar

Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen ini, Hakim Pilihan Raya atau Pendaftar Mahkamah Persekutuan itu hendaklah memberi orang itu hak untuk diwakili oleh peguam dan peluang untuk didengar dan untuk memberikan dan meminta keterangan bagi menunjukkan mengapa dia tidak patut dilaporkan sedemikian.

(3)

Apabila seorang Hakim Pilihan Raya atau Pendaftar

Mahkamah Persekutuan melaporkan bahawa suatu perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang telah dilakukan

Kesalahan Pilihan Raya 57

oleh mana-mana orang, orang itu hendaklah tertakluk kepada ketidakupayaan yang sama seolah-olah pada tarikh laporan itu dia telah disabitkan atas perbuatan itu dan seseorang hendaklah tertakluk kepada ketidakupayaan yang sama sekiranya dia ialah seorang calon dalam pilihan raya itu dan Hakim Pilihan Raya atau Pendaftar Mahkamah Persekutuan itu melaporkan bahawa perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang itu telah dilakukan dengan pengetahuan atau persetujuannya atau oleh ejennya.

(4)

Suruhanjaya Pilihan Raya atau Pihak Berkuasa Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan suatu salinan laporan itu disiarkan dalam Warta, dan menjadi kewajipan tiap-tiap pegawai pendaftaran untuk membaca laporan itu dengan segera dan memotong dengan segera daripada daftar atau senarai pemilih yang diuntukkan kepadanya nama tiap-tiap orang yang didapati daripada laporan itu sebagai tidak boleh mengundi dalam sesuatu pilihan raya.

Masa untuk pengemukaan