Malaysia legislation

Section 38

of AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 38

Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah juga melaporkan secara bertulis—

(a)

sesuatu petisyen pilihan raya yang mempersoalkan lapor pilihan atau pemilihan atas alasan sesuatu perbuatan rasuah dan dengan khususnya mengatakan bahawa pembayaran wang atau perbuatan lain telah dibuat atau dilakukan semenjak tarikh yang disebut terdahulu oleh orang yang pemilihannya itu dipersoalkan atau oleh seseorang ejen orang itu atau dengan pengetahuan orang itu atau ejen pilihan rayanya pada menurut atau pada melaksanakan perbuatan rasuah itu boleh, setakat yang berkenaan dengan perbuatan rasuah itu, dikemukakan pada bila-bila masa dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas tarikh pembayaran atau perbuatan itu;

(b)

sesuatu petisyen pilihan raya yang mempersoalkan lapor pilihan atau pemilihan atas suatu pengataan mengenai

Undang-Undang Malaysia 58

Akta 5

suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang boleh, setakat yang berkenaan dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang itu, dikemukakan dalam masa yang berikut:

(i)

pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh empat belas hari sebaik selepas tarikh penyiaran dalam

Warta notis yang dikehendaki oleh seksyen 24

tentang belanja pilihan raya bagi orang yang pemilihannya itu dipersoalkan;

(ii)

jika petisyen pilihan raya itu mengatakan secara khusus bahawa pembayaran wang atau perbuatan lain telah dibuat atau dilakukan semenjak tarikh tersebut oleh orang yang pemilihannya dipersoalkan atau oleh seseorang ejen orang itu atau dengan pengetahuan orang itu atau ejen pilihan rayanya pada menurut atau pada melaksanakan perbuatan yang menyalahi undang-undang yang dikatakan dalam petisyen pilihan raya itu, petisyen itu boleh dikemukakan pada bila-bila masa dalam tempoh dua puluh lapan hari sebaik selepas tarikh pembayaran atau perbuatan lain itu.

(2)

Sesuatu petisyen pilihan raya yang dikemukakan dalam masa yang sepatutnya boleh, bagi maksud mempersoalkan lapor pilihan atau pemilihan itu atas suatu pengataan mengenai suatu perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang, dipinda dengan kebenaran seorang Hakim Mahkamah Tinggi dalam masa yang sesuatu petisyen pilihan raya yang mempersoalkan lapor pilihan atau pemilihan atas alasan itu boleh dikemukakan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, jika ada maaf yang dibenarkan kerana gagal membuat dan menghantar penyata dan pernyataan berkenaan dengan belanja pilihan raya, tarikh pemberian maaf itu atau, jika ada kegagalan tentang dua butir atau lebih dan maaf itu telah diberikan pada masa yang berlainan, tarikh pemberian maaf yang terakhir itu hendaklah menggantikan tarikh penyiaran notis yang disebut dalam proviso kepada perenggan (1)(b).

Larangan mengenai pendedahan undi