Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(a)
dengan diketahuinya membuat apa-apa pernyataan palsu dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan supaya dimasukkan ke dalam mana-mana daftar pemilih;
(b)
memalsukan atau secara fraud mencacatkan atau secara fraud memusnahkan mana-mana kertas penamaan, atau menyerahkan kepada seseorang pegawai pengurus mana-mana kertas penamaan dengan mengetahui bahawa kertas penamaan itu telah dipalsukan;
(c)
memalsukan atau melancung atau secara fraud mencacatkan atau secara fraud memusnahkan mana-mana kertas undi atau tanda rasmi pada mana-mana kertas undi;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 5
(d)
tanpa kuasa yang sewajarnya membekalkan mana-mana kertas undi kepada mana-mana orang;
(e)
menjual atau menawarkan untuk menjual mana-mana kertas undi kepada mana-mana orang atau membeli atau menawarkan untuk membeli mana-mana kertas undi daripada mana-mana orang;
(f)
bukan orang yang berhak memiliki mana-mana kertas undi yang telah ditandakan dengan apa-apa tanda yang dibenarkan ada mana-mana kertas undi itu dalam miliknya;
(g)
memasukkan ke dalam mana-mana peti undi apa-apa jua, selain kertas undi yang dibenarkan oleh undang-undang untuk dimasukkan olehnya;
(h)
tanpa kuasa yang sewajarnya membawa keluar dari tempat mengundi mana-mana kertas undi atau didapati memiliki mana-mana kertas undi di luar sesuatu tempat mengundi;
(i)
tanpa kuasa yang sewajarnya memusnahkan, mengambil, membuka atau dengan cara lain mengganggu mana-mana peti undi, kertas undi atau bungkusan kertas undi yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi maksud sesuatu pilihan raya;
(j)
tanpa kuasa yang sewajarnya mencetak mana-mana kertas undi atau apa yang berupa atau yang boleh digunakan sebagai kertas undi dalam sesuatu pilihan raya;
(k)
bagi maksud sesuatu pilihan raya, membuat, membina, mengimport, memiliki, membekalkan atau menggunakan, atau menyebabkan supaya dibuat, dibina, diimport, dibekalkan atau digunakan, apa-apa perkakas, alat atau pesawat yang melaluinya sesuatu kertas undi boleh dicabut, dimudaratkan atau dimanipulasikan selepas dimasukkan ke dalam suatu peti undi dalam masa mengundi dalam mana-mana pilihan raya;
(l)
mengundi dalam mana-mana pilihan raya sedangkan dia tidak berhak untuk mengundi dalam pilihan raya itu;
Kesalahan Pilihan Raya 11
(m)
mencetak apa-apa iklan, surat sebaran, pelekat atau poster berkenaan dengan sesuatu pilihan raya dan yang mengandungi sesuatu salinan kertas undi, atau salinan apa yang berupa sebagai suatu kertas undi, untuk digunakan atau yang mungkin digunakan dalam pilihan raya itu;
(n)
menggalang atau menghalang seseorang pengundi yang selainnya berhak untuk mengundi daripada mengundi dalam sesuatu pilihan raya; atau
(o)
mengundi dalam sesuatu pilihan raya di lebih daripada satu tempat mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang sama atau bahagian pilihan raya yang berlainan, boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya dan, tertakluk kepada apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan mana-mana pilihan raya, dia tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya atau dipilih dalam mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari sabitan itu, dan jika pada tarikh itu dia telahpun dipilih dalam mana-mana pilihan raya, kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan itu:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam perenggan (m)
boleh disifatkan melarang, semasa tempoh berkempen, pencetakan nama atau simbol seorang calon sahaja dalam mana-mana iklan, surat sebaran, pelekat atau poster itu berserta dengan salinan sesuatu tanda pangkah atau tanda lain yang menunjukkan persetujuan terhadap mana-mana nama atau simbol itu.
(2)
Mana-mana orang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 [Akta 15], yang merupakan kesalahan oleh sebab perenggan 3(1)(f) Akta itu tidaklah boleh dipilih dalam mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari sabitan itu, dan jika pada tarikh sabitan itu dia telah pun dipilih dalam mana-mana pilihan raya, kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh itu.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 5
Kesalahan oleh pegawai pilihan raya