Malaysia legislation

Section 4

of AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 4

Mana-mana pegawai, kerani, jurubahasa atau orang lain yang mempunyai apa-apa tugas untuk dilakukan menurut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan mana-mana pilihan raya yang—

(a)

membuat, dalam apa-apa rekod, penyata atau dokumen lain yang dikehendaki supaya disimpan atau dibuat olehnya di bawah undang-undang bertulis itu, apa-apa catatan yang diketahuinya atau yang dia ada sebab yang munasabah untuk percaya sebagai palsu, atau yang dia tidak percaya sebagai benar;

(b)

membenarkan mana-mana orang yang diketahuinya atau yang dia ada sebab yang munasabah untuk percaya sebagai bukan seorang buta atau bukan seorang tidak berdaya untuk mengundi mengikut cara yang diperuntukkan bagi orang buta atau orang tidak berdaya, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(c)

enggan membenarkan mana-mana orang yang diketahuinya atau yang dia ada sebab yang munasabah untuk percaya sebagai seorang buta atau seorang tidak berdaya untuk mengundi mengikut cara yang diperuntukkan bagi orang buta atau orang tidak berdaya, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(d)

dengan sengaja menghalang mana-mana orang daripada mengundi di tempat mengundi yang diketahuinya atau yang dia ada sebab yang munasabah untuk percaya bahawa orang itu berhak mengundi;

(e)

dengan sengaja menolak atau enggan mengira mana-mana kertas undi yang diketahuinya atau yang dia ada sebab yang munasabah untuk percaya telah dibuang dengan sah untuk mana-mana calon mengikut peruntukan undang-undang bertulis itu;

(f)

dengan sengaja mengira mana-mana kertas undi sebagai dibuang untuk mana-mana calon, yang diketahuinya atau yang dia ada sebab yang munasabah untuk percaya telah tidak dibuang dengan sah untuk calon itu; atau

(g)

tanpa sebab yang munasabah melakukan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berlanggaran dengan tugas rasminya,

Kesalahan Pilihan Raya 13

boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya dan, tertakluk kepada apa-apa peruntukan tertentu yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan mana-mana pilihan raya, dia tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya atau dipilih dalam mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari sabitan itu, dan jika pada tarikh itu dia telah pun dipilih dalam mana-mana pilihan raya, kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan itu.

Kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan 4a.  (1)  Mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan antara orang yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan atau daripada golongan yang sama atau golongan yang berlainan penduduk

Malaysia untuk mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi dalam sesuatu pilihan raya atau untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

(2)

Tertakluk kepada apa-apa peruntukan tertentu yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya, mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam sesuatu pilihan raya atau dipilih dalam sesuatu pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari sabitan itu, dan jika pada tarikh itu dia telah pun dipilih dalam sesuatu pilihan raya, kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan itu.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 5

Memelihara kerahsiaan dalam pilihan raya