Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan orang yang dibenarkan yang hadir di sesuatu tempat mengundi hendaklah memelihara, dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian di tempat itu, dan tidak boleh menyampaikan, kecuali bagi sesuatu maksud yang dibenarkan oleh undang-undang, sebelum pengundian itu ditutup, apa-apa maklumat tentang nama atau nombor mana-mana pemilih dalam daftar pemilih yang telah atau belum memohon untuk mendapatkan suatu kertas undi atau yang telah atau belum mengundi di tempat itu, atau tentang tanda rasmi, kepada mana-mana orang tetapi jumlah bilangan pengundi yang telah mengundi di mana-mana tempat pada bila-bila masa sebelum pengundian ditutup boleh, menurut budi bicara ketua tempat mengundi, dizahirkan kepada seseorang calon atau ejennya atau seseorang pegawai polis yang dibenarkan hadir atau yang bertugas di tempat mengundi itu.
(3)
Tiada pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis atau orang yang dibenarkan itu dan tiada seorang jua pun boleh di tempat mengundi cuba mendapatkan maklumat tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu, atau pada bila-bila masa menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati di sesuatu tempat mengundi tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu kepada mana-mana orang, atau tentang nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi di tempat itu.
(4)
Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis dan orang yang dibenarkan, yang hadir pada masa pengiraan undi hendaklah memelihara, dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian itu, dan tidak boleh cuba menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati dalam pengiraan itu tentang calon yang baginya apa-apa undi telah diberikan oleh mana-mana kertas undi tertentu.
Kesalahan Pilihan Raya 15
(5)
Tiada seorang pun, kecuali ketua tempat mengundi yang bertindak bagi sesuatu maksud yang dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan mana-mana pilihan raya atau seseorang yang dibenarkan oleh ketua tempat mengundi dan yang bertindak bagi maksud yang disebut terdahulu, boleh berhubung atau cuba berhubung dengan mana-mana pengundi selepas pengundi itu menerima suatu kertas undi dan sebelum dia memasukkannya ke dalam peti undi.
(6)
Tiap-tiap orang yang menghadiri mana-mana urusan berkaitan dengan pengeluaran atau penerimaan kertas undi untuk orang yang mengundi melalui pos hendaklah memelihara, dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian itu dan tidak boleh tanpa sebab yang sah—
(a)
menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati dalam urusan itu tentang apa-apa pertindikan, cap atau tanda rasmi yang akan digunakan berkaitan dengan mana-mana kertas undi kepada mana-mana orang sebelum pengundian ditutup;
(b)
menyampaikan kepada mana-mana orang apa-apa maklumat yang didapati dalam urusan itu tentang nombor kertas undi yang dihantar kepada mana-mana orang pada bila-bila masa;
(c)
cuba menentukan dalam urusan berkaitan dengan penerimaan kertas undi nombor pada mana-mana kertas undi; atau
(d)
cuba menentukan dalam urusan berkaitan dengan penerimaan kertas undi calon yang baginya apa-apa undi telah diberikan dalam mana-mana kertas undi tertentu atau menyampaikan apa-apa maklumat berkenaan dengannya yang didapati dalam urusan itu.
(7)
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.
Kesalahan terhadap Bahagian ini