Malaysia legislation

Section 6

of AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 6

(2)

Tiap-tiap kesalahan di bawah Bahagian ini ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593].

(3)

Dalam sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan berhubung dengan kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda dalam sesuatu pilihan raya, hak pemunyaan terhadap kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda itu, dan juga hak pemunyaan terhadap kaunterfoil mana-mana kertas undi, boleh dinyatakan sebagai ada pada pegawai pengurus dalam pilihan raya itu.

(4)

Pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Bahagian ini tidak boleh dimulakan tanpa sanksi Pendakwa Raya.

Section 6 — ELECTION OFFENCES ACT 1954 | mylaw.my