Malaysia legislation

Section 8

of AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 8

Penjamuan

Tiap-tiap orang yang, secara rasuah, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain, sama ada sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung memberikan atau mengadakan atau menyebabkan supaya diberikan atau diadakan, atau yang menyertai hal memberikan atau mengadakan itu, atau yang membayar atau mengaku janji akan membayar kesemuanya atau sebahagiannya, belanja bagi memberikan atau mengadakan apa-apa makanan, minuman, makanan atau minuman ringan atau bekalan, atau apa-apa wang atau tiket atau apa-apa cara atau tipu daya lain untuk membolehkan apa-apa makanan, minuman, makanan atau minuman ringan atau bekalan didapatkan, bagi atau untuk mana-mana orang bagi maksud untuk mempengaruhi secara

Kesalahan Pilihan Raya 17

rasuah orang itu atau mana-mana orang lain supaya memberikan atau tidak memberikan undinya dalam pilihan raya itu atau oleh sebab mana-mana orang itu atau mana-mana orang lain telah mengundi atau tidak mengundi atau akan mengundi atau tidak akan mengundi dalam pilihan raya itu, dan tiap-tiap pemilih atau pengundi yang, secara rasuah menerima atau mengambil apa-apa makanan, minuman, atau makanan atau minuman ringan atau bekalan itu atau mana-mana wang atau tiket itu atau yang menggunakan apa-apa cara atau tipu daya lain itu untuk membolehkan makanan, minuman, makanan atau minuman ringan atau bekalan itu didapatkan bersalah atas kesalahan menjamu.