Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(a)
apabila hanya seorang calon sahaja sah dinamakan dalam mana-mana bahagian pilihan raya, maka calon yang dinamakan itu hendaklah disifatkan sebagai ahli yang dipilih bagi bahagian pilihan raya itu; dan
(b)
apabila bilangan undi antara mana-mana calon bagi sesuatu bahagian pilihan raya didapati sama banyaknya, dan penambahan satu undi akan mengehakkan seorang daripada calon itu dipilih, maka penentuan calon yang kepadanya satu undi tambahan itu akan disifatkan telah diberikan hendaklah dibuat dengan jalan cabut undi di hadapan pegawai pengurus mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan olehnya.
(2)
Tiap-tiap orang yang mengundi dalam sesuatu pilihan raya hendaklah membuang undinya dengan menggunakan sekeping kertas undi yang ditandakan olehnya bagi menunjukkan undinya, dan dimasukkan olehnya ke dalam suatu peti undi terjamin selamat, yang diperuntukkan bagi maksud itu, mengikut apa-apa cara yang menjadikan undi itu rahsia:
Dengan syarat bahawa jika mana-mana orang yang mengundi itu buta atau tidak dapat membaca, maka dia boleh memberikan undinya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.
Pilihan Raya 17
Penggunaan sekolah dan bangunan dan premis awam sebagai pusat mengundi