Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PILIHAN RAYA 1958

Seksyen 16

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

menetapkan cara bagaimana notis untuk mengadakan sesuatu pilihan raya hendaklah diberikan;

(b)

menetapkan tatacara bagi penamaan calon dan bagi membuat dan memutuskan bantahan terhadap mana-mana penamaan;

(bb) membuat peruntukan bagi tatacara dalam pemberian kelulusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai apa-apa simbol yang hendak digunakan dalam sesuatu pilihan raya:

Dengan syarat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh meluluskan apa-apa simbol yang berkaitan dengan mana-mana agama atau mazhabnya atau yang selainnya tidak sesuai dengan ketertiban atau prinsip moral;

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 19

(c)

membuat peruntukan bagi penyiaran notis mengenai tarikh yang pungutan undi akan dijalankan bagi sesuatu pilihan raya yang dipertandingkan;

(d)

menetapkan amaun apa-apa deposit, yang tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dalam setiap hal, yang hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak calon, dan hal keadaan yang membolehkan deposit itu dilucuthakkan;

(e)

menetapkan kemudahan yang hendaklah diadakan di pusat mengundi, dan orang yang boleh dibenarkan masuk ke pusat mengundi pada tarikh pungutan undi dijalankan, dan membuat peruntukan bagi pelantikan ketua tempat mengundi atau ketua-ketua tempat mengundi dan pegawai atau kakitangan lain berkenaan dengan setiap pusat mengundi;

(f)

menetapkan tempat dan cara bagaimana undi boleh dibuang dan rupa bentuk dan cara untuk memastikan peti undi yang digunakan dalam pilihan raya itu terjamin selamat dan bagi pengeluaran kertas undi kepada pemilih;

(g)

memperuntukkan cara bagaimana, dan oleh siapa, sesuatu soal tentang identiti seseorang yang menuntut untuk mengundi hendaklah diputuskan;

(h)

menetapkan bentuk apa-apa kertas undi dan kaunterfoil yang hendaklah digunakan dalam pilihan raya;

(i)

menetapkan cara bagaimana peti undi, kertas undi yang tidak dipakai atau kertas undi rosak, salinan daftar pemilih yang telah ditanda, kaunterfoil kertas undi, dan dokumen lain hendaklah diselenggarakan apabila pungutan undi ditutup;

(j)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam pengiraan undi dan hal keadaan yang membolehkan undi ditolak oleh pegawai pengurus atau ketua tempat mengundi yang dilantik mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan (e) sebagai tidak sah;

Pilihan Raya 21

(k)

membuat peruntukan bagi pembuatan dan penyiaran penyata oleh pegawai pengurus dan pernyataan mengenai pungutan undi tentang mana-mana pilihan raya;

(l)

menetapkan apa-apa borang yang perlu atau wajar digunakan berkaitan dengan perkara yang diperkatakan dalam seksyen ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;

(m)

menetapkan syarat bagi penggunaan kenderaan motor persendirian dalam pilihan raya;

(n)

menetapkan kemudahan yang hendaklah diadakan bagi pengundian melalui pos dan orang yang berhak mengundi melalui pos;

(o)

memperuntukkan bahawa perbuatan tertentu disifatkan sebagai perbuatan yang menyalahi undang-undang bagi maksud Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

(3)

Tanpa menjejaskan seksyen 2 *Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13], jika mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini menghendaki seseorang itu membuat sesuatu akuan berkanun berkaitan dengan atau bagi maksud penamaan orang itu sebagai seorang calon, maka adalah sah bagi—

(a)

Pengarah Pilihan Raya Negeri bagi Negeri tempat terletaknya bahagian pilihan raya yang baginya orang itu hendak dipilih; atau

(b)

pegawai pengurus bagi bahagian pilihan raya yang baginya orang itu hendak dipilih, mengambil dan menerima akuan itu, dan suatu akuan yang diambil dan diterima oleh mana-mana pegawai itu menurut kuasa subseksyen ini hendaklah disifatkan sebagai suatu akuan yang dibuat menurut kuasa *Akta Akuan Berkanun 1960.

*CATATAN—Akta ini telah disemak pada 2016 berkuat kuasa mulai 17 November 2016 sebagai

Akta 783.

22

Undang-Undang Malaysia

Akta 19

Peraturan-peraturan hendaklah dibentangkan di dalam

Dewan Rakyat