Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PILIHAN RAYA 1958

Seksyen 2

Tafsiran

“ahli” ertinya ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Undangan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

*CATATAN—lihat seksyen 6 Akta A1095.

**CATATAN—lihat seksyen 6 Akta A585.

†CATATAN—Untuk peluasan dan pengubahsuaian Akta ke Sabah, lihat P.U. 56/1966,

P.U. 144/1966, P.U. 498/1966, P.U. 348/1967.

††CATATAN—Untuk peluasan dan pengubahsuaian Akta ke Sarawak, lihat P.U. 497/1966,

P.U. 349/1967, P.U. 55/1968.

6

Undang-Undang Malaysia

Akta 19

“bahagian pilihan raya” ertinya bahagian pilihan raya Parlimen atau bahagian pilihan raya Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“bahagian pilihan raya Negeri” ertinya bahagian pilihan raya yang dipersempadankan mengikut Perkara 117 Perlembagaan;

“bahagian pilihan raya Parlimen” ertinya bahagian pilihan raya yang dipersempadankan mengikut Perkara 116 Perlembagaan;

“calon” ertinya orang yang dinamakan mengikut mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai seorang calon untuk suatu pilihan raya;

“daerah mengundi” ertinya sebahagian daripada suatu bahagian pilihan raya sebagaimana yang dibahagi di bawah seksyen 7;

“daftar pemilih” ertinya suatu daftar pemilih yang disediakan di bawah seksyen 9;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini;

“kawasan pendaftaran” ertinya keseluruhan kawasan yang menjadi suatu bahagian pilihan raya Parlimen;

“Ketua Pendaftar”, “Timbalan Ketua Pendaftar”, “Pendaftar”,

“Timbalan Pendaftar” dan “Penolong Pendaftar” masing-masing ertinya Ketua Pendaftar Pemilih, Timbalan Ketua Pendaftar Pemilih,

Pendaftar Pemilih, Timbalan Pendaftar Pemilih dan Penolong

Pendaftar Pemilih yang dilantik di bawah seksyen 8;

“Pegawai Pengadil” ertinya Pegawai Pengadil yang dilantik di bawah seksyen 8;

“pegawai penguat kuasa” ertinya pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah seksyen 3 dan termasuklah penolong pegawai penguat kuasa;

“pegawai pengurus” ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3 dan termasuklah penolong pegawai pengurus;

Pilihan Raya 7

“pegawai pilihan raya” ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3 atau 8 atau mana-mana pegawai yang dilantik bagi maksud menjalankan atau membantu penjalanan mana-mana pilihan raya, atau bagi maksud mendaftarkan atau membantu pendaftaran pemilih, di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“pemilih” ertinya seorang warganegara yang berhak mengundi dalam suatu pilihan raya menurut Perkara 119 Perlembagaan;

“pemilih Negeri” ertinya pemilih yang berhak mengundi dalam suatu pilihan raya Negeri;

“pemilih Parlimen” ertinya pemilih yang berhak mengundi dalam suatu pilihan raya Parlimen;

“Perlembagaan” ertinya Perlembagaan Persekutuan;

“pilihan raya” ertinya pilihan raya Parlimen atau pilihan raya

Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“pilihan raya Negeri” ertinya suatu pilihan raya bagi memilih seseorang ahli Dewan Undangan;

“pilihan raya Parlimen” ertinya suatu pilihan raya bagi memilih seseorang ahli Dewan Rakyat;

“pusat mengundi” ertinya mana-mana bangunan, binaan, kenderaan atau vesel, di tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 7, yang dikhaskan dan dilengkapkan bagi maksud mengundi dan mengira undi;

“Setiausaha” ertinya Setiausaha kepada Suruhanjaya Pilihan

Raya yang dilantik di bawah seksyen 3;

“tempat mengundi” ertinya mana-mana bilik atau ruangan yang dikenali juga sebagai saluran yang disediakan oleh Suruhanjaya

Pilihan Raya di dalam pusat mengundi.

8

Undang-Undang Malaysia

Akta 19