Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tertakluk kepada Fasal (1) Perkara 115 Perlembagaan,
(a)
seorang Setiausaha dan apa-apa bilangan Timbalan
Setiausaha, Ketua Penolong Setiausaha dan Penolong
Setiausaha kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya;
(b)
seorang Pengarah Pilihan Raya Negeri dan seberapa banyak Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri bagi setiap Negeri sebagaimana yang difikirkan perlu oleh
Suruhanjaya;
(c)
seorang pegawai pengurus dan seberapa banyak penolong pegawai pengurus bagi setiap bahagian pilihan raya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya;
dan
(d)
seorang pegawai penguat kuasa dan seberapa banyak penolong pegawai penguat kuasa sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi setiap bahagian pilihan raya.
Kuasa dan tugas am Setiausaha, Timbalan Setiausaha dan
Penolong Setiausaha 3a. (1) Setiausaha hendaklah menjadi ketua pegawai pentadbir
Suruhanjaya Pilihan Raya, tertakluk pada setiap masa dan dalam segala perkara kepada penyeliaan, arahan dan kawalan Suruhanjaya, dan hendaklah—
(a)
melaksanakan keputusan-keputusan Suruhanjaya;
(b)
menjalankan pentadbiran hari ke hari pejabat-pejabat
Suruhanjaya, dan menjalankan penyeliaan, arahan dan kawalan ke atas semua pegawai pilihan raya yang lain, dan semua pegawai Suruhanjaya yang lain;
Pilihan Raya 9
(c)
menjalankan apa-apa fungsi sebagaimana yang diberikan kepadanya oleh Suruhanjaya dalam atau bagi penjalanan kuasa atau pelaksanaan tugasnya berhubung dengan kajian semula atau penyempadanan bahagian pilihan raya, pendaftaran pemilih, penjalanan pilihan raya dan perkara-perkara lain;
(d)
mempunyai kuasa untuk menanda bagi pihak Suruhanjaya segala writ, notis dan dokumen lain Suruhanjaya, segala perundangan subsidiari yang dibuat oleh Suruhanjaya, dan segala perbuatan lain oleh Suruhanjaya; dan
(e)
mempunyai apa-apa kuasa dan tugas lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
(2)
Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Setiausaha,
Timbalan-Timbalan Setiausaha hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala fungsi Setiausaha di bawah Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis, dan semasa Setiausaha tidak ada, Timbalan Setiausaha yang paling kanan hendaklah bertindak sebagai Setiausaha.
(3)
Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Setiausaha, Ketua-Ketua Penolong
Setiausaha dan Penolong-Penolong Setiausaha hendaklah membantu
Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Setiausaha dalam penjalanan kuasa mereka dan pelaksanaan fungsi mereka.
Kuasa pegawai