Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PILIHAN RAYA 1958

Seksyen 5

(a)

menjalankan kawalan dan penyeliaan ke atas penjalanan pilihan raya dan pendaftaran pemilih dalam daftar pemilih, dan hendaklah menentukan supaya semua pegawai pilihan raya menjalankan tugasnya dengan adil, tidak berat sebelah serta mematuhi Bahagian VIII Perlembagaan dan Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;

Pilihan Raya 11

(b)

mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kepada pegawai-pegawai pilihan raya apa-apa arahan yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi memastikan Bahagian VIII

Perlembagaan dan Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dilaksanakan dengan berkesan;

(c)

mempunyai kuasa untuk mengendalikan apa-apa sumpah yang dikehendaki diambil di bawah Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; dan

(d)

menjalankan dan melaksanakan segala kuasa dan tugas lain yang diberikan kepadanya atau yang dipertanggungkan ke atasnya oleh Akta ini dan oleh mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

(2)

Tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya, Suruhanjaya Pilihan Raya boleh mewakilkan mana-mana kuasa dan tugas yang diberikan kepadanya atau yang dipertanggungkan ke atasnya oleh Akta ini atau oleh mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, kepada mana-mana orang atau pegawai sebagaimana yang difikirkannya patut:

Dengan syarat bahawa—

(a)

tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini terpakai bagi apa-apa kuasa untuk membuat peraturan-peraturan di bawah

Akta ini; dan

(b)

tiada pewakilan sedemikian boleh menyentuh penjalanan kuasa-kuasa atau pelaksanaan tugas-tugas sedemikian oleh Suruhanjaya.