Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Seksyen 13

Pengesahan meterai

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Lembaga hendaklah dimeteraikan dengan meterai perbadanan Lembaga di hadapan Pengerusi dan ketua pegawai eksekutif, atau sama ada Pengerusi atau ketua pegawai eksekutif dan seorang ahli lain Lembaga atau mana-mana dua orang ahli lain

Lembaga, dan mana-mana surat ikatan, dokumen atau surat cara yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan Lembaga dan disahkan sedemikian hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 23

Dengan syarat bahawa jika Pengerusi adalah juga ketua pegawai eksekutif, meterai perbadanan Lembaga hendaklah dimeteraikan di hadapan Pengerusi dan seorang ahli lain Lembaga atau mana-mana dua orang ahli lain Lembaga.