Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Kuasa dan tugas Lembaga
(2)
Lembaga boleh melalui surat cara di bawah meterainya melantik mana-mana orang dan mewakilkan kepada orang tersebut sama ada di dalam Malaysia atau di mana-mana tempat di luar
Malaysia semua atau mana-mana kuasa dan tugas Lembaga dan orang yang dilantik sedemikian itu boleh, tertakluk pada surat cara tersebut, melakukan apa-apa tindakan atau menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa tugas yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukan atau melaksanakan.
(3)
Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen, peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham atau mana-mana orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa tindakan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan dalam menjalankan kuasanya atau dalam melaksanakan tugasnya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik lagi maksud Akta ini.
Rizab am dan akaun rizab lain