Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Seksyen 18

Penubuhan dan keahlian Panel Pelaburan

(a)

Pengerusi, atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Menteri, yang hendaklah menjadi Pengerusi Panel

Pelaburan;

(b)

Timbalan Pengerusi yang hendaklah merupakan wakil daripada Kementerian Kewangan;

(c)

(Dipotong oleh Akta A1611);

(d)

ketua pegawai eksekutif, yang hendaklah menjadi seorang ahli ex officio; dan

(e)

empat orang lain yang hendaklah mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam kewangan, perniagaan, ekonomi atau pengetahuan atau

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 25

pengalaman lain yang berkaitan, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

(2)

Panel Pelaburan hendaklah tertakluk pada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga dan diluluskan oleh Menteri, dari semasa ke semasa.

(3)

Ahli Panel Pelaburan tidaklah berhak kepada apa-apa saraan tetapi bolehlah dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dengan kelulusan

Menteri.

Pengosongan jawatan