Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Seksyen 22

Orang yang berikut tidak layak dilantik sebagai ahli Lembaga atau Panel Pelaburan atau jika dia adalah seorang ahli Lembaga atau Panel Pelaburan dia hendaklah terhenti daripada menjadi ahli:

(a)

seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak upaya melaksanakan tugasnya;

(b)

seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun;

(c)

seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran, atau keburukan akhlak; atau

(d)

seseorang bankrap.

Pendedahan kepentingan