Malaysia legislation
Section 23B
Seksyen 23B
Jawatankuasa Penasihat Shariah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
untuk menentukan pemakaian prinsip Shariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan akaun ahli
Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43A telah berkuat kuasa;
(b)
untuk menasihati Lembaga dan Panel Pelaburan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan Shariah dan pemakaian prinsip Shariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan akaun ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43A telah berkuat kuasa;
(c)
apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh
Lembaga.
Pelantikan ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah