Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Kuasa Lembaga untuk melabur
(a)
didepositkan dalam—
(i)
Bank Negara Malaysia; atau
(ii)
bank atau bank pelaburan yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah
Akta
Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758]; atau
(iii)
bank Islam yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; atau
(iv)
institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia di bawah
Akta
Institusi
Kewangan
Pembangunan 2002 [Akta 618];
(b)
dilabur dalam—
(i)
saham yang ditawarkan menurut suatu tawaran awam permulaan yang diluluskan di bawah Akta
Pasaran
Modal dan
Perkhidmatan 2007
[Akta 671] atau saham yang disenaraikan di bursa saham yang telah diluluskan di bawah Akta yang sama; atau
(ii)
debentur mana-mana syarikat awam;
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
(c)
dalam bon atau pembelian kertas gadai janji, nota komersial, persetujuan jurubank, kertas pasaran wang, sijil deposit, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil
Pertukaran 1949 [Akta 204] dan surat cara boleh niaga lain jenis yang seumpamanya;
(d)
mengikut peruntukan Akta Pemegang Amanah 1949
[Akta 208]:
Dengan syarat bagaimanapun, jika
Lembaga melaburkan dalam atau atas hakmilik kepada harta tak alih di
Malaysia mengikut perenggan 4(1)(c)
Akta Pemegang Amanah 1949, harta tak alih itu mungkin atau mungkin tidak menghasilkan apa-apa pendapatan pada masa pelaburan itu;
(e)
memberi pinjaman kepada Kerajaan Malaysia atau
Kerajaan Negeri; dan
(f)
memberi pinjaman kepada ahli Kumpulan Wang tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Lembaga bagi maksud pembelian atau pembinaan sebuah rumah.
(2)
Lembaga boleh dengan kebenaran bertulis Menteri, melabur wang kepunyaan Kumpulan Wang dengan cara yang berikut:
(a)
didepositkan dalam mana-mana bank atau institusi kewangan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
(b)
dilaburkan dalam apa-apa usaha sama;
(c)
menyertai dalam apa-apa program penswastaan;
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 33
(d)
memberi pinjaman kepada mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah *Akta Syarikat 1965 [Akta 125]
atau mana-mana perbadanan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
(e)
dengan melabur dalam apa-apa pelaburan di luar
Malaysia;
(ea) dengan menyertai atau menjalankan urus niaga dalam apa-apa instrumen derivatif; atau
(f)
dilaburkan dalam apa-apa bentuk pelaburan yang lain.
(3)
Bagi maksud seksyen ini—
“debentur” termasuklah stok debentur, bon, nota dan mana-mana sekuriti lain sesebuah perbadanan sama ada membentuk suatu gadaian ke atas aset perbadanan atau tidak;
“instrumen derivatif” ertinya suatu kontrak kewangan termasuk kontrak hadapan, kontrak niagaan ke depan dan kontrak opsyen; dan
“saham” ertinya saham berbayar (sama ada dibayar secara penuh atau tidak) dalam modal saham syarikat dan termasuklah stok dan hak untuk melanggan bagi mana-mana stok dan saham.
(4)
Lembaga boleh, jika suatu mata wang asing dikehendaki sebagai suatu instrumen pelaburan, dalam menjalankan pelaburan yang telah diluluskan di bawah seksyen ini, membuat pinjaman mata wang asing bagi maksud pelaburan itu.
Kuasa Lembaga untuk melabur dalam syarikat yang diluluskan