Malaysia legislation
Section 26B
Seksyen 26B
(2)
Menteri boleh, atas permohonan Lembaga, mengubah peratusan yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
(3)
Bagi maksud seksyen ini, sekuriti yang diterbitkan oleh
Kerajaan Malaysia hendaklah termasuk—
(a)
pinjaman yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan
Malaysia;
(b)
sekuriti atau surat cara boleh niaga yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia termasuk sekuriti atau surat cara boleh niaga yang diterbitkan oleh sesuatu perbadanan yang dipunyai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia;
(c)
kertas Bank Negara Malaysia;
(d)
sekuriti atau surat cara boleh niaga yang dijamin sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia termasuk sekuriti atau surat cara boleh niaga yang diterbitkan oleh sesuatu perbadanan yang dipunyai sepenuhnya oleh Bank
Negara Malaysia;
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 37
(e)
apa-apa surat cara komersial (yang mempunyai sifat boleh niaga) yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan dengan tempoh matang sekurang-kurangnya tiga tahun dari tarikh terbitan; dan
(f)
apa-apa deposit dalam akaun sumbangan pendahuluan di
Bank Negara Malaysia di bawah subperenggan 26(1)(a)(i).
Kuasa Lembaga untuk menubuhkan perbadanan atau syarikat