Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Menteri—
(a)
berhubung dengan caruman yang dibuat oleh ahli
Kumpulan Wang yang tidak memilih untuk akaunnya diuruskan mengikut Shariah di bawah seksyen 43A atau yang telah memilih di bawah seksyen 43A tetapi pemilihan itu belum berkuat kuasa, pada apa-apa kadar mengikut prestasi sebenar pelaburan yang dibuat oleh
Lembaga berhubung dengan akaun itu yang hendaklah tidak kurang daripada dua setengah peratus setahun; dan
(b)
berhubung dengan caruman yang dibuat oleh ahli
Kumpulan
Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43A telah berkuat kuasa, pada apa-apa kadar mengikut prestasi sebenar pelaburan yang dibuat oleh
Lembaga berhubung dengan akaun itu.
(2)
Tertakluk pada seksyen 50, dividen yang diisytiharkan di bawah subseksyen (1) hendaklah kena dibayar ke atas caruman kepada Kumpulan Wang mengikut akaun ahli-ahli Kumpulan
Wang masing-masing.
(3)
Walau apa pun perenggan (1)(a) dan (b), tiada kadar dividen yang melebihi dua setengah peratus setahun boleh diisytiharkan sedemikian—
(a)
melainkan jika Lembaga berpuas hati bahawa keupayaan
Kumpulan Wang untuk menjelaskan segala pembayaran yang dikehendaki supaya dibayar di bawah Akta ini tidak terancam oleh perisytiharan kadar itu; dan
(b)
jika apa-apa jumlah wang yang didahulukan oleh
Kerajaan Malaysia di bawah seksyen 28 telah tidak pada ketika itu dibayar balik.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 39
Peruntukan bagi pendahuluan daripada Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan