Malaysia legislation

Section 29A

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Seksyen 29A

Pelaburan oleh ahli Kumpulan Wang

(a)

membenarkan suatu permohonan yang dibuat oleh seseorang ahli Kumpulan Wang bagi pelaburan dalam institusi pengurusan dana atau institusi lain yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud pelaburan dalam mana-mana pelaburan yang diluluskan oleh Menteri; dan

(b)

membenarkan pemindahan apa-apa amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang itu ke dalam institusi pengurusan dana atau institusi-institusi lain yang

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

diluluskan oleh Menteri tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(2)

Jika Lembaga telah membenarkan pemindahan suatu jumlah wang yang ada pada kredit ahli itu di bawah subseksyen (1)—

(a)

amaun yang dibenarkan itu tidak boleh dibayar dividen sebagaimana yang diisytiharkan oleh Lembaga di bawah seksyen 27; dan

(b)

amaun itu hendaklah disifatkan telah dikeluarkan daripada kredit ahli itu di Kumpulan Wang mulai dari tarikh ahli itu mencapai umur lima puluh lima tahun dan ahli itu boleh berurusan terus dengan institusi pengurusan dana atau institusi-institusi lain yang diluluskan oleh

Menteri berhubung dengan kredit itu.