Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ahli Kumpulan Wang” ertinya seseorang yang mempunyai akaun dan kredit dengan Kumpulan Wang;
“amaun tambahan” ertinya amaun yang boleh dibayar di bawah seksyen 58;
“amaun upah bagi bulan itu” ertinya—
(a)
berkenaan dengan pekerja yang dibayar secara bulanan atau pada lat tempoh yang lebih lama daripada satu bulan, amaun upah yang kena dibayar kepadanya berkenaan dengan bulan tersebut; atau
(b)
berkenaan dengan mana-mana pekerja lain, amaun agregat upah yang kena dibayar kepadanya pada hari pembayaran upah yang jatuh dalam bulan tersebut:
Dengan syarat bahawa jika tunggakan upah dibayar kepada pekerja atas apa-apa kajian semula upah, tunggakan upah itu hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan sebagai sebahagian daripada amaun upah bagi bulan di dalamnya tunggakan upah itu dibayar sebagai tambahan kepada amaun upah yang kena dibayar kepadanya berkenaan dengan bulan itu yang disebut dalam perenggan (a) atau (b);
“bayaran lebih masa” ertinya apa-apa bayaran yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja bagi kerja yang dijalankan melebihi masa bekerja biasa pekerja itu dan termasuklah apa-apa bayaran yang dibayar kepada pekerja bagi kerja yang dijalankan pada hari kelepasan dan hari rehat;
“bulan” ertinya suatu bulan kalendar atau sebahagian daripadanya;
“caj perkhidmatan” ertinya apa-apa wang atau bayaran, sama ada dalam bentuk caj perkhidmatan, fi perkhidmatan, tip, atau selainnya
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 13
walau bagaimana jua pun diperihalkan, yang telah dibayar oleh, dicajkan kepada, dikutip daripada, atau diberi secara sukarela oleh, pelanggan atau mana-mana orang lain (yang bukannya majikan)
berhubung dengan perniagaan majikan itu dan yang kena dibayar kepada seseorang pekerja sama ada pada keseluruhannya atau sebahagiannya, secara langsung atau tidak langsung, dan sama ada di bawah kontrak perkhidmatan di antara majikan dan pekerja, atau selainnya;
“ditetapkan oleh
Lembaga”
ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;
“ditetapkan oleh
Menteri”
ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“faedah persaraan” ertinya apa-apa bayaran yang dibayar kepada pekerja kerana bersara sama ada secara wajib atau pilihan atau atas sebab kesihatan seperti yang dinyatakan di bawah kontrak perkhidmatan pekerja itu;
“ganjaran” ertinya apa-apa bayaran yang dibayar oleh majikan kepada pekerja atas sebab tamat tempoh perkhidmatan atau pemberhentian secara sukarela sebagai mengiktiraf perkhidmatan pekerja itu;
“hari ditetapkan” ertinya hari yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 1(2);
“ketua pegawai eksekutif” ertinya seseorang yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif di bawah seksyen 30 Akta;
“kredit” ertinya caruman yang berada dalam akaun ahli Kumpulan
Wang bersama-sama dengan apa-apa dividen ke atasnya;
“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 24;
“kumpulan wang diluluskan” ertinya—
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
(a)
suatu kumpulan wang simpanan atau skim lain untuk faedah pekerja yang ditubuhkan oleh majikan atau kumpulan majikan dan diisytiharkan oleh Lembaga di bawah seksyen 52 sebagai suatu kumpulan wang diluluskan, dan termasuklah—
(i)
mana-mana skim berkenaan dengan orang yang bekerja dengan Kerajaan Malaysia, mana-mana
Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan dan diletakkan dalam perjawatan berpencen;
(ii)
apa-apa perkiraan berkenaan dengan orang yang bekerja dengan mana-mana organisasi jika pelantikan ke organisasi itu dibuat oleh atau dengan kelulusan Kerajaan Malaysia akan seseorang yang sebelum pelantikan tersebut, telah bekerja dengan Kerajaan Malaysia, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan dan jika tempoh perkhidmatan dengan organisasi itu boleh dihitung bagi maksud pemberian apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain oleh Kerajaan
Malaysia di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pencen, dan jika timbul apa-apa keraguan tentang sama ada mana-mana orang itu berada dalam pekerjaan tersebut atau tidak, keputusan Menteri hendaklah muktamad;
atau
(b)
mana-mana skim yang ditubuhkan secara nyata oleh mana-mana undang-undang bertulis sebelum sahaja 6 Ogos 1970, untuk faedah pekerja dalam mana-mana perdagangan, perniagaan, industri atau pekerjaan:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 15
Dengan syarat bahawa skim sedemikian hendaklah terhenti daripada menjadi kumpulan wang diluluskan apabila
Menteri mengisytiharkan bahawa skim sedemikian terhenti menjadi kumpulan wang diluluskan;
“Lembaga” ertinya Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“majikan” ertinya orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan atau perantisan dan termasuklah—
(a)
pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang “pekerja”;
(b)
mana-mana kumpulan orang sama ada atau tidak berkanun atau diperbadankan; dan
(c)
mana-mana
Kerajaan, jabatan
Kerajaan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau badan lain yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan, jika seseorang pekerja bekerja dengan mana-mana Kerajaan, jabatan, pihak berkuasa atau badan atau dengan mana-mana pegawai bagi pihak mana-mana Kerajaan, jabatan, pihak berkuasa atau badan itu, pegawai yang di bawahnya pekerja itu bekerja hendaklah disifatkan sebagai seorang majikan:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun pegawai sedemikian bertanggungan sendiri di bawah Akta ini untuk apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati olehnya sebagai seorang pegawai bagi majikan tersebut;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab dalam hal yang berhubungan dengan Lembaga
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
“orang” termasuklah mana-mana ejen, syarikat, persatuan atau kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
“orang yang bekerja sendiri” ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja;
“pekerja” ertinya mana-mana orang, yang bukannya orang yang perihalannya dinyatakan dalam Jadual Pertama, yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan, sama ada secara bertulis atau lisan dan sama ada nyata atau tersirat, untuk bekerja bagi sesuatu majikan;
“pekerja berpencen” ertinya pekerja yang telah diletakkan dalam perjawatan berpencen yang berkenaan atau disifatkan telah diletakkan sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh perletakan pekerja dalam perjawatan berpencen yang berkenaan oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri atau oleh mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan;
“Pemeriksa” ertinya seseorang Pemeriksa yang dilantik di bawah seksyen 34;
“Pengerusi”
berhubungan dengan
Lembaga termasuklah
Timbalan Pengerusi;
“pinjaman” termasuk pembiayaan mengikut Shariah;
“pinjaman perumahan khas” ertinya apa-apa pinjaman kepada syarikat yang diluluskan semata-mata bagi maksud pinjaman semula kepada peminjam bagi pembelian rumah kos rendah;
“rumah” ertinya mana-mana rumah kediaman yang dibina atau sedang dibina dan termasuklah rumah pangsa, kondominium atau rumah kedai yang dibina atau sedang dibina bagi maksud kediaman atau sebahagiannya untuk kediaman dan sebahagiannya untuk menjalankan perniagaan, perdagangan atau profesion di dalamnya;
“skim baru” ertinya gaji dan terma dan syarat perkhidmatan yang dikaji semula bagi pekerja dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri atau pihak berkuasa berkanun atau tempatan yang timbul daripada kajian semula gaji dan terma dan syarat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 17
perkhidmatan pekerja itu yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia atau
Kerajaan mana-mana Negeri;
“syarikat diluluskan” ertinya suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di Malaysia dan mempunyai suatu tempat perniagaan di Malaysia;
(b)
(i)
tujuan tunggal atau utamanya adalah untuk menggalakkan pemunyaan rumah secara membuat pendahuluan jumlah wang bagi pembelian tanah dan bangunan, yang mana wang pokok dan faedahnya kena dibayar balik secara ansuran dalam tempoh beberapa tahun yang tetap, yang tidak melebihi pada bila-bila masa nilai tanah dan bangunan tersebut yang dibuat oleh juruukur tanah berlesen atau penaksir berlesen; atau
(ii)
dalam mana
Kerajaan
Malaysia mempunyai penyertaan dan tujuan tunggal atau utamanya adalah untuk membiayai industri; dan
(c)
diluluskan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam
Warta bagi maksud menerima pinjaman daripada
Lembaga mengikut seksyen 26A;
“upah” ertinya semua saraan dalam bentuk wang, yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisannya sama ada dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya dan termasuklah apa-apa bonus, komisen atau elaun yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja sama ada bonus, komisen atau elaun itu kena dibayar di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisannya atau selainnya, tetapi tidak termasuk—
(a)
caj perkhidmatan;
(b)
bayaran lebih masa;
(c)
ganjaran;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
(d)
faedah persaraan;
(e)
faedah pengurangan pekerja, pemberhentian kerja sementara atau penamatan;
(f)
mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsensi perjalanan; atau
(g)
mana-mana saraan atau bayaran lain sebagaimana yang dikecualikan oleh Menteri.