Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(2)
Jika tiada pelantikan ketua pegawai eksekutif dibuat di bawah subseksyen (1), Pengerusi hendaklah menjalankan tugas ketua pegawai eksekutif dan hendaklah dikenali sebagai Pengerusi Eksekutif dan apa-apa saraan atau elaun yang dibayar hendaklah ditentukan oleh Menteri.
(3)
Lembaga hendaklah melantik seberapa orang pegawai atau pekhidmat lain, sebagaimana yang difikirkan perlu bagi penjalanan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 41
cekap urusan Lembaga, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, yang boleh diberikan apa-apa jua nama jawatan sebagaimana yang ditentukannya.
(4)
Ketua pegawai eksekutif hendaklah, tertakluk pada arahan
Lembaga ke atas perkara polisi, dipertanggungkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian mengenai hal ehwal Lembaga dan kawalan pentadbiran mengenai pegawai dan pekhidmatnya.
(5)
Tertakluk pada seksyen 31 dan 33, adalah menjadi tugas
Lembaga untuk melantik, mengesahkan, meletakkan dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai dan pekhidmatnya.
(6)
Lembaga boleh mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah subseksyen (5) kepada mana-mana ahli Lembaga, pegawai atau kepada mana-mana jawatankuasa, yang terdiri daripada beberapa orang ahli atau pegawai atau beberapa orang ahli dan pegawai kedua-duanya, yang dilantik olehnya, dan ahli, pegawai atau jawatankuasa itu hendaklah menjalankan fungsi itu di bawah arahan dan kawalan
Lembaga.
Penubuhan Jawatankuasa Tatatertib