Malaysia legislation

Section 31A

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Seksyen 31A

(2)

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah terdiri daripada tujuh orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, yang

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 43

salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi

Jawatankuasa itu.

(3)

Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dan empat orang ahli lain Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah membentuk suatu kuorum dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib.

(4)

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.

(5)

Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib atau mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan kuasa, fungsi atau tugas di bawah subseksyen 31(5) boleh merayu terhadap keputusan itu kepada

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian keputusan itu ke alamat terakhir yang diketahui pegawai atau pekhidmat itu.

(6)

Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib itu adalah muktamad.

Pengenaan surcaj