Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
(1A)
Pengerusi Jawatankuasa Kenaikan Pangkat dan dua orang ahli lain Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah membentuk suatu kuorum pada semua mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat.
(1B)
Jika atas apa-apa soal yang hendaklah ditentukan terdapat kesamarataan undi, pengerusi Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.
(1C)
Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
(2)
Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai kuasa, fungsi dan tugas yang berhubungan dengan kenaikan pangkat pegawai dan pekhidmat Lembaga.
(3)
Jawatankuasa Kenaikan Pangkat boleh mewakilkan mana-mana kuasa, fungsi atau tugasnya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana kelas atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan kuasa, fungsi atau tugas itu hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan
Jawatankuasa Kenaikan Pangkat yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa tersebut.
(4)
(Dipotong oleh Akta A1300).
(5)
(Dipotong oleh Akta A1300).
Penubuhan Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat berkenaan dengan pegawai dan pekhidmat Lembaga