Malaysia legislation
Section 33A
Seksyen 33A
(2)
Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat hendaklah terdiri daripada tujuh orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh
Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa.
(3)
Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat dan empat orang ahli lain Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat hendaklah
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 47
membentuk suatu kuorum pada semua mesyuarat Jawatankuasa
Rayuan Kenaikan Pangkat.
(4)
Jawatankuasa
Rayuan
Kenaikan
Pangkat hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.
(5)
Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat atau mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan kuasa, fungsi atau tugas di bawah subseksyen 33(3) boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian keputusan itu ke alamat terakhir yang diketahui pegawai atau pekhidmat itu.
(6)
Keputusan Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat adalah muktamad.
Pelantikan Pemeriksa, kuasa, fungsi dan tugas mereka