Malaysia legislation

Section 35

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Seksyen 35

Tertakluk pada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71, seseorang Pemeriksa atau pegawai yang diletak hak dengan kuasa Pemeriksa boleh pada bila-bila masa yang munasabah—

(a)

memasuki mana-mana premis atau tempat di mana orang dipercayai telah diambil bekerja sebagai pekerja;

(b)

membuat apa-apa pemeriksaan dan siasatan sebagaimana yang perlu bagi menentukan sama ada peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya sedang dipatuhi atau telah dipatuhi dalam mana-mana premis atau tempat tersebut;

(c)

menyoal periksa, sama ada secara bersendirian atau dengan kehadiran mana-mana orang lain, berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini yang mengenainya dia semunasabahnya menghendaki maklumat, tiap-tiap orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai boleh memberi maklumat mengenai hal perkara siasatan itu, dan menghendaki tiap-tiap orang tersebut disoal periksa dan bagi maksud soal periksa tersebut boleh menyaman mana-mana orang tersebut untuk hadir pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam saman itu; dan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 49

(d)

menjalankan mana-mana kuasa lain sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan Akta ini.

Menghalang penjalanan kuasa Pemeriksa