Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(a)
enggan memberi mana-mana
Pemeriksa yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 35, akses kepada mana-mana premis atau bahagiannya;
(b)
menyerang, menghalang, menggalang atau melengahkan
Pemeriksa itu dalam melakukan apa-apa kemasukan yang dia berhak untuk melakukan;
(c)
gagal mematuhi apa-apa kehendak sah Pemeriksa dalam melaksanakan kuasa, fungsi dan tugasnya di bawah seksyen 35;
(d)
enggan memberi Pemeriksa apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya;
(e)
gagal mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada, Pemeriksa, mana-mana harta, buku, dokumen lain, atau barang yang berhubungan dengannya Pemeriksa itu mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini; atau
(f)
mengemukakan kepada Pemeriksa sebagai benar, maklumat yang dia ketahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu.
(1A)
Bagi maksud seksyen ini, Pemeriksa hendaklah termasuk mana-mana pegawai yang diletak hak dengan kuasa Pemeriksa.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan.
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
Kuasa untuk menyoal periksa orang