Malaysia legislation

Section 38

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Seksyen 38

(a)

untuk mengemukakan kepada ketua pegawai eksekutif dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu, apa-apa maklumat atau butir-butir yang dinyatakan dalam notis itu;

(b)

untuk hadir sendiri di hadapan ketua pegawai eksekutif atau mana-mana pegawai yang dilantik olehnya dan

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

mengemukakan untuk pemeriksaan segala buku, akaun, rekod dan dokumen lain yang ketua pegawai eksekutif atau pegawai itu fikirkan perlu; atau

(c)

untuk mengemukakan maklumat atau butir-butir mengikut perenggan (a) dan juga hadir mengikut perenggan (b).

(2)

Mana-mana orang yang gagal mematuhi peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

(2A)

Jika seseorang didapati bersalah di bawah subseksyen (2),

Mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu untuk mematuhi kehendak notis ketua pegawai eksekutif di bawah subseksyen (1) dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh perintah Mahkamah itu.

(3)

Apabila didapati oleh mana-mana majistret, atas maklumat bertulis yang diangkat sumpah, dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa di premis tertentu terdapat mana-mana buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang pengemukaannya telah dikehendaki menurut subseksyen (1) dan telah tidak dikemukakan sebagai mematuhi kehendak itu, maka majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada ketua pegawai eksekutif atau mana-mana orang yang dinamakan di dalamnya dengan atau tanpa bantuan—

(a)

untuk menggeledah premis dan untuk memecah buka dan menggeledah mana-mana almari, laci, peti, koper, kotak, bungkusan atau bekas lain, sama ada suatu lekapan ataupun tidak, di dalam premis itu; dan

(b)

untuk mengambil milik, atau melindung daripada gangguan, mana-mana buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang nampaknya adalah buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang pengemukaannya telah dikehendaki sedemikian.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 53

Menghalang orang daripada meninggalkan Malaysia tanpa membayar caruman