Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Seksyen 3

Bagi maksud menguruskan Kumpulan Wang dan bagi melaksanakan maksud Akta ini, suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Lembaga

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja” ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan yang boleh dengan ini membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya dan, tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih daripada tiap-tiap perihalan dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerahkan, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan mana-mana harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.