Malaysia legislation

Section 43

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Seksyen 43

(1A)

Tertakluk kepada seksyen 52, caruman bulanan bagi tiap-tiap pekerja dan majikan yang tertakluk kepada perintah gaji minimum yang dibuat di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] tidak boleh kurang daripada caruman bulanan berdasarkan amaun gaji minimum bagi bulan itu yang ditentukan di bawah perintah gaji minimum itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(2)

Mana-mana orang yang menjadi seorang majikan yang gagal, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, untuk membayar kepada Kumpulan Wang apa-apa caruman yang dia bertanggungan di bawah Akta ini untuk membayar berkenaan dengan atau bagi pihak mana-mana pekerja berkenaan dengan mana-mana bulan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen (1) dan (1A), majikan dan pekerja atau mana-mana satu daripada mereka boleh, pada bila-bila masa, memilih untuk membayar caruman bulanan pada kadar yang melebihi kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual

Ketiga dengan satu ringgit ataupun sesuatu gandaan bagi satu ringgit

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 57

tertakluk pada apa-apa had maksimum caruman bulanan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(4)

Notis mengenai pemilihan sedemikian hendaklah diberikan kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dan jika mana-mana notis sedemikian telah diberikan,

Akta ini hendaklah, berkenaan dengan mana-mana majikan atau pekerja yang telah memilih seperti yang disebut terdahulu, terpakai seolah-olah kadar caruman yang majikan atau pekerja tersebut telah memilih untuk membayar, adalah kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga:

Dengan syarat bahawa sesuatu pemilihan tidak boleh dibuat supaya berkuat kuasa kebelakangan.

(5)

Majikan dan pekerja atau mana-mana satu daripada mereka boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pemilihannya yang dibuat di bawah subseksyen (4).

(6)

Notis mengenai pembatalan sedemikian hendaklah diberi kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dan jika mana-mana notis sedemikian telah diberikan,

Akta ini hendaklah, berkenaan dengan mana-mana majikan atau pekerja yang telah membatalkan seperti yang disebut terdahulu, terpakai seolah-olah majikan atau pekerja tersebut tidak memilih untuk membayar caruman lebihan:

Dengan syarat bahawa sesuatu pembatalan tidak boleh dibuat supaya berkuat kuasa kebelakangan.

(7)

Dalam keadaan berlakunya kematian pekerja, tiada caruman kena dibayar di bawah seksyen ini oleh atau bagi pihak pekerja itu berkenaan dengan bulan yang di dalamnya kematian tersebut berlaku:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana caruman sedemikian telah diterima, caruman berkenaan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan

Wang mengikut seksyen 50.

(8)

Walau apa pun subseksyen (1)—

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

(a)

orang yang bekerja sendiri;

(b)

pekerja berpencen;

(c)

mana-mana orang yang bukan majikan atau bukan pekerja, sama ada atau tidak mengikut pengertian Akta ini; atau

(d)

mana-mana orang yang bukan majikan dan bukan pekerja, sama ada atau tidak mengikut pengertian Akta ini, dan kedua-duanya telah memberi persetujuan untuk mencarum, boleh, dengan memberi notis mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, memilih untuk membayar caruman bulanan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Lembaga.

(9)

Lembaga boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, mengembalikan—

(a)

amaun caruman yang terlebih dibayar di bawah subseksyen (3) atau (8); atau

(b)

apa-apa caruman yang telah dibayar oleh mana-mana orang yang tidak bertanggungan untuk mencarum.

Pemilihan untuk akaun ahli Kumpulan Wang diuruskan mengikut Shariah