Malaysia legislation
Section 43A
Seksyen 43A
(2)
Pemilihan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 59
pemilihan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan oleh
Lembaga.
(3)
Lembaga hendaklah memberitahu tarikh kuat kuasa pemilihan yang ditentukan di bawah subseksyen (2) kepada ahli Kumpulan Wang itu tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh kuat kuasa itu.
(4)
Ahli Kumpulan Wang itu boleh, sebelum tarikh kuat kuasa pemilihan yang ditentukan di bawah subseksyen (2), membatalkan pemilihannya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
(5)
Selepas pemilihan yang dibuat di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa, Lembaga hendaklah mengasingkan akaun ahli Kumpulan Wang itu daripada akaun ahli-ahli Kumpulan Wang yang lain—
(a)
yang tidak membuat pemilihan di bawah subseksyen (1); dan
(b)
yang telah membuat pemilihan di bawah subseksyen (1)
tetapi pemilihan itu masih belum berkuat kuasa, bagi maksud menguruskan akaun ahli Kumpulan Wang itu mengikut
Shariah.
Peremitan wang berkaitan dengan persaraan