Malaysia legislation

Section 45

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Seksyen 45

Pembayaran caruman

(2)

Caruman yang kena dibayar oleh majikan bagi dirinya dan bagi pihak pekerja di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar berkenaan dengan upah bulan pertama dan berikutnya.

(3)

Walau apa pun seksyen 49, jika majikan gagal membayar apa-apa caruman yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, majikan itu hendaklah, sebagai tambahan kepada caruman itu, bertanggungan untuk

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 61

membayar dividen ke atas caruman itu pada kadar dan mengikut apa-apa cara dan pengiraan yang ditentukan oleh Lembaga.

(4)

Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Tanggungan bersama dan berasingan bagi pengarah, dsb.