Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
(2)
Amaun mana-mana caruman yang kena dibayar oleh majikan bagi pihak pekerja hendaklah, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana kontrak yang berlawanan, boleh didapatkan kembali dengan cara potongan daripada upah pekerja yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja itu dan tidak selainnya.
(3)
Mana-mana majikan yang memotong caruman pekerja daripada upah pekerja dan gagal membayar jumlah wang yang dipotong itu atau mana-mana bahagiannya kepada Kumpulan Wang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 63
(4)
Tiada potongan bagi mana-mana caruman boleh dibuat sebagaimana diperuntukkan oleh subseksyen (2)—
(a)
kecuali pada masa upah dibayar kepada pekerja itu; dan
(b)
selain caruman berkenaan dengan upah yang ketika itu sedang dibayar:
Dengan syarat bahawa, tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, jika majikan telah, melalui kesilapan yang bukan disebabkan oleh kecuaian majikan tersebut, ketinggalan membuat potongan mana-mana caruman atau sebahagian daripada mana-mana caruman yang kena dibayar olehnya bagi pihak pekerja, maka, caruman atau bahagiannya itu bolehlah dipotong daripada upah yang kena dibayar oleh majikan tersebut kepada pekerja itu tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh pembayaran upah yang berkenaan dengannya caruman atau sebahagian daripadanya itu tertinggal daripada dipotong.
(5)
Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (4)
melakukan suatu kesalahan.
(6)
(Dipotong oleh Akta A914).
Caj lewat bayar ke atas tunggakan caruman