Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Seksyen 4

Keahlian Lembaga

(a)

Pengerusi;

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 19

(b)

Timbalan Pengerusi yang hendaklah dilantik dalam kalangan orang yang disebut dalam subperenggan (d)(i);

(c)

ketua pegawai eksekutif, yang hendaklah menjadi seorang ahli ex officio; dan

(d)

tidak lebih daripada dua puluh orang ahli lain yang mana—

(i)

tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan orang yang memegang jawatan beremolumen di bawah Kerajaan Malaysia atau

Kerajaan sesuatu Negeri;

(ii)

tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan majikan yang mencarum kepada

Kumpulan Wang dan yang bukannya orang yang memegang jawatan beremolumen di bawah

Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri atau diambil bekerja oleh mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan;

(iii)

tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan pekerja yang mencarum kepada

Kumpulan Wang; dan

(iv)

tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan orang yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam kewangan, perniagaan, ekonomi, keselamatan sosial atau pengetahuan atau pengalaman lain yang berkaitan.

(2)

Jika Pengerusi itu bukanlah seorang wakil dari Kementerian

Kewangan, Menteri hendaklah melantik seorang wakil dari

Kementerian Kewangan untuk menjadi seorang ahli Lembaga di bawah subperenggan (1)(d)(i) yang hendaklah juga dilantik menjadi Timbalan Pengerusi.

(3)

Ahli Lembaga, selain ketua pegawai eksekutif, hendaklah dilantik oleh Menteri dan, tertakluk pada seksyen 6 dan 7 hendaklah,

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

melainkan jika mereka meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikan mereka dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan bagi sesuatu tempoh yang ditentukan oleh Menteri.

(4)

Ahli Lembaga tidaklah berhak kepada apa-apa saraan tetapi bolehlah dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Ahli silih ganti

Section 4 — EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991 | mylaw.my