Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
(2)
Lembaga hendaklah menyebabkan supaya dikreditkan kepada akaun setiap ahli—
(a)
amaun apa-apa caruman yang dibayar berkenaan dengannya oleh majikan bagi pihaknya sendiri dan bagi pihak ahli tersebut dalam Kumpulan Wang;
(b)
dividen apa-apa amaun yang ada pada kredit ahli itu pada kadar yang diisytiharkan di bawah seksyen 27 mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh
Lembaga; dan
(c)
apa-apa wang lain yang dibayar bagi pihak ahli tersebut di bawah Akta ini.
(2A)
Bagi maksud mengkreditkan apa-apa jumlah wang ke dalam akaun seseorang ahli Kumpulan Wang di bawah subseksyen (2),
Menteri boleh menetapkan apa-apa bilangan akaun berkenaan dengan seseorang ahli Kumpulan Wang dan menetapkan peratusan yang hendak dikreditkan ke dalam setiap akaun itu.
(2B)
Walau apa pun perenggan 2(a) dan 2(b)—
(a)
tiada amaun caruman atau wang boleh dikreditkan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang selepas ahli itu mencapai umur tujuh puluh lima tahun; dan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 65
(b)
dividen hendaklah dikreditkan ke atas apa-apa amaun yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang sehingga kesemua jumlah wang yang ada pada kredit ahli itu dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut di bawah seksyen 51A.
(2C)
Walau apa pun subseksyen (2), jika Lembaga menerima sebahagian bayaran bagi mana-mana taksiran caruman yang tertunggak daripada majikan, Lembaga boleh menentukan cara yang pengkreditan jumlah bayaran caruman yang tertunggak oleh majikan itu yang hendaklah dikreditkan ke dalam akaun setiap ahli Kumpulan Wang itu.
(3)
Jika mana-mana majikan gagal membayar mana-mana caruman yang telah dipotong olehnya daripada upah seseorang pekerja, Lembaga hendaklah, setelah berpuas hati bahawa potongan tersebut telah dibuat, mengkreditkan pekerja itu dengan amaun caruman tersebut bersama-sama dengan apa-apa dividen yang hendaklah dikreditkan berkenaan dengannya jika caruman tersebut telah dibayar oleh majikan itu dalam tempoh ditetapkan dan hendaklah mempertanggungkan amaun yang dikreditkan sedemikian kepada hasil am Kumpulan Wang:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan hak Lembaga untuk mendapatkan kembali amaun caruman dan dividen tersebut daripada majikan itu.
(4)
Mana-mana amaun yang didapatkan kembali di bawah subseksyen (3) hendaklah dibayar mengikut cara yang berikut:
(a)
pertamanya hendaklah dikreditkan kepada hasil am
Kumpulan Wang mana-mana jumlah wang yang telah dibayar keluar daripada hasil am Kumpulan Wang di bawah subseksyen (3); dan
(b)
bakinya hendaklah dikreditkan kepada akaun pekerja itu masing-masing mengikut kadarnya.
(5)
(Dipotong oleh Akta A958).
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
(6)
Peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai bagi apa-apa amaun yang berada pada kredit seseorang pekerja dalam sesuatu kumpulan wang diluluskan setelah pemindahan amaun tersebut kepada
Kumpulan Wang.
Caruman dan deposit tidak boleh diserah hak atau ditahan