Malaysia legislation

Section 52

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Seksyen 52

(2)

Jika Menteri meminda Jadual Pertama di bawah seksyen 74

dengan memotong mana-mana perenggannya, mana-mana majikan atau kumpulan majikan yang sebelum tarikh perintah itu mula berkuat kuasa telah menubuhkan suatu kumpulan wang simpanan atau skim lain untuk faedah kesemua atau sekumpulan pekerja-pekerjanya atau pekerja-pekerja mereka daripada perihalan yang dinyatakan dalam perenggan tersebut hendaklah, dalam masa sesuatu tempoh sebagaimana yang Lembaga boleh menurut budi bicaranya membenarkan, mengemukakan kepada Lembaga butir-butir kumpulan wang simpanan tersebut atau skim lain itu sebagaimana yang ditetapkan atau dalam mana-mana hal tertentu dikehendaki oleh

Lembaga, dan jika selepas memeriksa butir-butir tersebut Lembaga berpuas hati bahawa kumpulan wang simpanan tersebut atau skim lain itu sebagaimana yang dipinda jika perlu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga memperuntukkan bagi seseorang pekerja faedah yang tidak kurang baiknya daripada faedah

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

yang diperuntukkan bagi seseorang pekerja oleh Kumpulan Wang,

Lembaga boleh, tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan olehnya, mengisytiharkan kumpulan wang simpanan tersebut atau skim lain itu menjadi suatu kumpulan wang diluluskan.

(3)

Jika seseorang pekerja atas apa-apa sebab apa jua pun menukarkan pekerjaan kepada suatu pekerjaan yang berkenaan dengannya suatu kumpulan wang diluluskan wujud, caruman berkenaan dengan pekerja tersebut hendaklah terhenti daripada kena dibayar kepada Kumpulan Wang dan amaun yang berada pada kredit pekerja tersebut hendaklah terus berada di dalam Kumpulan Wang.

(4)

Jika seseorang pekerja, yang berada dalam suatu pekerjaan yang berkenaan dengannya suatu kumpulan wang diluluskan telah ditubuhkan, dihalang oleh kaedah-kaedah kumpulan wang diluluskan tersebut daripada mencarum kepadanya selama suatu tempoh percubaan yang dinyatakan, apa-apa jumlah wang yang berada pada kredit pekerja tersebut dalam Kumpulan Wang yang merupakan caruman kepada Kumpulan Wang oleh kedua-dua majikan dan pekerja itu sejak tarikh yang padanya pekerjaan tersebut bermula, bersama-sama dengan apa-apa dividen ke atasnya, hendaklah terus berada di dalam Kumpulan Wang.

(5)

Jika—

(a)

majikan yang adalah salah satu daripada sekumpulan majikan yang oleh mereka suatu kumpulan wang diluluskan telah ditubuhkan terhenti daripada menyertai dalam kumpulan wang diluluskan tersebut; atau

(b)

pekerja—

(i)

meninggalkan pekerjaan yang berkenaan dengannya dia adalah seorang pencarum kepada suatu kumpulan wang diluluskan; atau

(ii)

terhenti daripada mencarum kepada suatu kumpulan wang diluluskan, dalam hal keadaan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 69

selain yang dinyatakan dalam perenggan 54(1)(a), (b) atau (c), amaun yang berada pada kredit setiap pekerja atau pekerja-pekerja tersebut di dalam kumpulan wang diluluskan tersebut yang merupakan caruman kepada kumpulan wang diluluskan tersebut oleh kedua-dua majikan dan pekerja sejak 1 Julai 1952 bersama-sama dengan apa-apa dividen ke atasnya, hendaklah, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dipindahkan kepada Kumpulan Wang, dan Lembaga hendaklah menyebabkan dikreditkan kepada setiap pekerja tersebut atau pekerja-pekerja tersebut amaun tersebut mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dan amaun tersebut hendaklah dipindahkan dalam masa satu bulan dari masa majikan itu terhenti daripada menyertai dalam kumpulan wang diluluskan tersebut atau pekerja itu meninggalkan pekerjaan atau terhenti daripada mencarum, mengikut mana yang berkenaan, atau di dalam sesuatu tempoh selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Lembaga dalam mana-mana hal tertentu:

Dengan syarat bahawa jika pekerja—

(a)

bertukar daripada pekerjaan di dalam Malaysia di bawah majikan yang olehnya suatu kumpulan wang diluluskan telah ditubuhkan kepada pekerjaan di luar Malaysia di bawah majikan yang sama; atau

(b)

bertukar daripada pekerjaan di bawah majikan yang adalah salah satu daripada sekumpulan majikan yang oleh mereka suatu kumpulan wang diluluskan telah ditubuhkan kepada pekerjaan di bawah majikan lain yang adalah salah satu daripada kumpulan yang sama, dan di dalam mana-mana satu hal itu, jika pertukaran tersebut dibenarkan oleh kaedah-kaedah kumpulan wang diluluskan tersebut untuk terus mencarum kepadanya atas terma dan syarat yang sama seolah-olah pertukaran tersebut tidak berlaku, pekerja tersebut, selagi dia terus mencarum sedemikian, tidaklah bagi maksud subperenggan (b)(i) subseksyen ini disifatkan sebagai telah

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

meninggalkan pekerjaan yang berkenaan dengannya dia adalah seorang pencarum kepada suatu kumpulan wang diluluskan:

Dengan syarat selanjutnya bahawa jika mengikut kaedah-kaedah kumpulan wang diluluskan tersebut amaun yang berada pada kredit mana-mana pekerja terdiri pada keseluruhannya atau sebahagiannya daripada suatu polisi insurans nyawa, polisi tersebut tidaklah boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang, tetapi hendaklah diperlakukan mengikut kaedah-kaedah tersebut.

(6)

(a)

Jika suatu kumpulan wang diluluskan digulung, amaun yang berada pada kredit setiap pekerja atau pekerja-pekerja tersebut di dalam kumpulan wang diluluskan tersebut yang merupakan caruman kepada kumpulan wang diluluskan tersebut oleh kedua-dua majikan dan pekerja sejak 1 Julai 1952

bersama-sama dengan apa-apa dividen ke atasnya, hendaklah walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dipindahkan kepada Kumpulan Wang, dan Lembaga hendaklah menyebabkan dikreditkan kepada setiap pekerja atau pekerja-pekerja tersebut amaun tersebut mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga.

(b)

Lembaga boleh, jika difikirkannya perlu demi kepentingan pekerja untuk berbuat demikian, menerima pada keseluruhannya aset dan liabiliti kumpulan wang diluluskan tersebut pada sesuatu tarikh sebagaimana yang dipersetujui dan jika aset kumpulan wang diluluskan tersebut tidaklah mencukupi untuk menjelaskan liabilitinya, amaun yang akan dikreditkan kepada pekerja atau pekerja-pekerja tersebut di bawah perenggan (a)

hendaklah dikurangkan mengikut apa-apa perkadaran sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga:

Dengan syarat bahawa jika mengikut kaedah-kaedah kumpulan wang diluluskan tersebut amaun yang berada pada kredit mana-mana pekerja terdiri pada

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 71

keseluruhannya atau sebahagiannya daripada suatu polisi insurans nyawa, polisi tersebut tidaklah boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang, tetapi hendaklah diperlakukan mengikut kaedah-kaedah tersebut.

(7)

Majikan yang telah menubuhkan suatu kumpulan wang diluluskan hendaklah—

(a)

mengemukakan kepada

Lembaga apa-apa akaun sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga berkenaan dengan kumpulan wang diluluskan tersebut yang diperakui dengan sewajarnya oleh seseorang yang telah diluluskan sebagai juruaudit syarikat di bawah seksyen 8

Akta Syarikat 1965;

(b)

memberitahu Lembaga mengenai apa-apa pindaan yang dicadangkan kepada kaedah-kaedah kumpulan wang diluluskan tersebut dan tidaklah boleh membuat apa-apa pindaan tersebut kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Lembaga; dan

(c)

mengemukakan kepada Lembaga apa-apa butir-butir pekerja yang mencarum kepada kumpulan wang diluluskan tersebut mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.

(8)

Lembaga boleh, jika tidak berpuas hati dengan pengurusan mana-mana kumpulan wang diluluskan, membatalkan apa-apa perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen ini, dan di atas pembatalan tersebut, subseksyen (5) seksyen ini hendaklah terpakai sebagaimana ia terpakai jika kumpulan wang tersebut digulung.

(9)

Majikan yang berkenaan dengan mana-mana kumpulan wang diluluskan hendaklah tertakluk pada kesalahan dan penalti yang sama berkenaan dengan apa-apa potongan atau caruman yang

CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

dibuat di bawah kaedah-kaedah suatu kumpulan wang diluluskan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini berkenaan dengan potongan dan caruman yang berhubungan dengan Kumpulan Wang.

(10)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam kaedah-kaedah suatu kumpulan wang diluluskan, amaun yang berada pada kredit seseorang pekerja di dalamnya bersama-sama dengan apa-apa dividen ke atasnya boleh dikeluarkan dalam mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan 54(1)(a), (b) atau (c).

(11)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam kaedah-kaedah suatu kumpulan wang diluluskan, mana-mana majikan boleh atas permohonan seseorang pekerja yang telah mencapai umur lima puluh tahun membenarkan tidak lebih daripada satu pengeluaran dibuat daripada kumpulan wang diluluskan tersebut iaitu sejumlah wang yang merupakan satu pertiga daripada amaun yang berada pada kredit pekerja tersebut dan seseorang pekerja yang berkenaan dengannya kebenaran bagi pengeluaran telah diberikan di bawah subseksyen ini hendaklah, walaupun pengeluaran tersebut dibuat, terus dianggap sebagai seorang pencarum kepada kumpulan wang diluluskan tersebut.

(12)

Apabila seseorang pekerja membuat pengeluaran di bawah subseksyen (10) akan apa-apa amaun yang berada pada kreditnya di dalam suatu kumpulan wang diluluskan, dia tidaklah selepas itu dianggap sebagai pekerja, walaupun jika tidak kerana subseksyen ini, dia adalah pekerja, bagi maksud Akta ini.

(13)

Mana-mana majikan yang gagal untuk mematuhi apa-apa kehendak atau arahan Lembaga di bawah seksyen ini, atau mana-mana peruntukan subseksyen (7), melakukan suatu kesalahan.

(14)

Jika dalam hal keadaan yang disebutkan dalam subseksyen (5)

dan (8), apa-apa amaun caruman yang dibayar sejak 1 Julai 1952

dipindahkan kepada Kumpulan Wang, majikan dan pekerja berkenaan boleh, dengan persetujuan bersama, memilih untuk memindahkan kepada Kumpulan Wang kesemua amaun yang berada pada kredit pekerja itu di dalam suatu kumpulan wang diluluskan yang

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 73

merupakan caruman yang dibayar kepada kumpulan wang tersebut sebelum 1 Julai 1952. Notis mengenai pemilihan tersebut hendaklah diberikan kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, dan jika Lembaga meluluskan pemindahan tersebut, amaun yang dipindahkan sedemikian kepada

Kumpulan Wang hendaklah dikreditkan kepada pekerja itu.

(15)

Seksyen 51 hendaklah terpakai berkenaan dengan suatu kumpulan wang diluluskan mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai berkenaan dengan Kumpulan Wang.

(16)

Bagi maksud seksyen ini ungkapan “majikan yang telah menubuhkan suatu kumpulan wang diluluskan” termasuklah majikan yang bagi faedah pekerjanya suatu kumpulan wang diluluskan telah ditubuhkan.

(17)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (7) dan (13) boleh terpakai bagi suatu kumpulan wang diluluskan yang ditubuhkan secara nyata oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(18)

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga dalam menguatkuasakan kewajipan kumpulan wang diluluskan di bawah Akta ini hendaklah dibayar balik kepada Lembaga daripada wang kumpulan wang tersebut atas asas keahlian kumpulan wang tersebut.

Penggulungan kumpulan wang diluluskan