Malaysia legislation

Section 53

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Seksyen 53

Kumpulan wang diluluskan bagi pihak berkuasa berkanun atau tempatan di bawah skim baru hendaklah digulung pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, dalam setiap hal tertentu, dan kesemua aset dan liabiliti kumpulan wang diluluskan tersebut hendaklah dipindahkan kepada Kumpulan Wang dan diperlakukan di bawah

Akta ini:

Dengan syarat bahawa jika terdapat suatu skim pencen bagi pihak berkuasa berkanun atau tempatan mengikut pengertian

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

“kumpulan wang diluluskan” di bawah seksyen 2 Akta ini maka penggulungan skim tersebut hendaklah diperlakukan di bawah seksyen 30 Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak-Pihak

Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977 [Akta 185] walau apa pun seksyen 52.

BAHAGIAN VA

PEMINDAHAN KREDIT MENGIKUT PERINTAH

PEMBAHAGIAN HARTA PERKAHWINAN