Malaysia legislation
Section 53A
Seksyen 53A
Pemindahan kredit ahli Kumpulan Wang mengikut perintah pembahagian harta perkahwinan
(2)
Lembaga hendaklah menangguhkan apa-apa pemindahan di bawah subseksyen (1) jika suatu perintah, rayuan atau apa-apa proses prosiding mahkamah yang menghalang pelaksanaan perintah di bawah subseksyen (1) disampaikan kepada Lembaga.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), pemindahan kredit daripada akaun seseorang ahli Kumpulan Wang ke dalam akaun penerima yang dinamakan dalam perintah itu adalah tertakluk pada amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang itu pada tarikh pemindahan itu dibuat.
(4)
Bagi maksud subseksyen (3), “tarikh pemindahan” ertinya tarikh yang jumlah wang itu didebitkan daripada akaun seseorang ahli
Kumpulan Wang.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 75
Pengeluaran amaun yang dipindahkan