Malaysia legislation
Section 53B
Seksyen 53B
(2)
Lembaga boleh membenarkan pengeluaran semua amaun yang telah dipindahkan itu tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa penerima itu—
(a)
telah meninggal dunia;
(b)
telah mencapai umur lima puluh lima tahun;
(c)
tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja; atau
(d)
bukan seorang warganegara Malaysia dan akan meninggalkan Malaysia.
(3)
Jika apa-apa kebenaran bagi pengeluaran di bawah perenggan 2(a) atau 2(c) telah diberikan, tiada amaun tambahan di bawah seksyen 58 boleh dibayar.
BAHAGIAN VB
Pemindahan caruman pekerja