Malaysia legislation
Section 53F
Seksyen 53F
Jika caruman di bawah seksyen 53D telah dipindahkan secara silap, Lembaga boleh memindahkan semula caruman itu, termasuk apa-apa dividen, ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang telah memilih untuk memindahkan caruman itu, tertakluk pada amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang yang telah menerima caruman yang dipindahkan secara silap itu.